Kredit foto: Instagram Aliff Syukri
Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri menganggap dirinya bukanlah individu yang layak diajukan pertanyaan berkenaan spekulasi keretakan rumah tangganya.
Begitupun, suami Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid itu tidak menafikan sedang melalui 'perkara' tersebut dan berada dalam keadaan terkejut.
“Soalan itu terlalu banyak orang bertanya dan saya tak sangka benda ini viral.
“Apapun, saya rasa soalan ini bukan saya sepatutnya anda bertanya dan ya, saya lalui apa yang berlaku dan saya sendiri terkejut. Doakan baik-baik ya,” kata Aliff.
Beliau membuat kenyataan sewaktu sesi temubual bersama para pengikut di laman Instastory, malam tadi.
Dalam pada itu, diajukan pertanyaan sama ada beliau sudah bersedia mencari pengganti Shahida, penyanyi Cuba Bahagia itu akui belum membuat sebarang keputusan memandangkan isterinya itu disifatkan sebagai seorang wanita yang baik.
Aliff bagaimanapun tidak menolak untuk menerima pelawaan berkawan dengan wanita-wanita lain yang ingin mendekati.
Baca: Biodata Usahawan Kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri
Baca: Biodata Datin Shahida, Isteri Datuk Aliff Syukri
Kredit foto: Instagram Aliff Syukri
"Saya tak fikir lagi sebab yang ada pun baik bukan tak baik dan kalau nak berkawan sebagai kawan, bolehlah.
"Tapi kalau nak lebih-lebih itu, saya rasa buat sementara ini tak kot, saya nak fokus pada bisnes dan kerja," ulasnya.
Terdahulu, dakwaan pergolakan perkahwinan pasangan itu hangat dibualkan netizen selepas surat tuntutan cerai dipercayai milik mereka tersebar.
Menurut Harian Metro, seorang sumber memberitahu, kes perbicaraan perceraian mereka yang sedang berjalan bakal disambung semula selepas berakhirnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Sumber berita: “Bukan Saya Failkan”- Aliff Syukri Jawab Isu Bercerai