Oleh pada 19 Mar 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Datin Seri Nur Shahida & Datuk Seri Aliff Syukri

     

Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid memilih untuk tidak mengulas lanjut berkenaan dakwaan dirinya sudah memfailkan perceraian di mahkamah.

Isteri kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri itu berkata, dia memohon maaf kerana ingin mengunci mulut daripada memperkatakan tentang spekulasi terbabit.

    

dato aliff syukri

Kredit foto: Instagram Datin Seri Nur Shahida

    

“Bab rumah tangga saya tak nak komen. Minta maaf ya,” responnya kepada portal Harian Metro.

Diajukan soalan sama ada semua anak-anak berada dengannya sekarang, Shahida menjawab ringkas 'ya' dalam kiriman aplikasi Whatsapp.

Dalam pada itu, Aliff juga enggan bersuara membabitkan status rumah tangganya yang dikatakan bergolak.

“No komen”, katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, warganet mempersoalkan pasangan suami isteri itu yang dilihat saling tidak lagi mengikuti laman Instagram masing-masing.

Dakwaan isu perkahwinan mereka seolah dikuatkan lagi menerusi penceritaan lagu terbaharu Alif berjudul Cuba Bahagia.

Aliff bagaimanapun sebelum ini enggan mengulas lanjut, sebaliknya memberitahu hubungan dia dan isterinya tidak mempunyai masalah seperti yang digembar-gemburkan segelintir pihak.

Beliau sejak kebelakangan ini terpalit dengan beberapa kontroversi hingga dihentam ramai termasuk ahli keluarganya sendiri.

Imbas kembali, Aliff dan Shahida yang mendirikan rumah tangga pada tahun 2007, dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawy dan Raudhah Arshiyah, termasuk seorang anak angkat.

    

Sumber berita: 'Fail cerai? No komen' - Isteri Aliff Syukri

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)