Oleh pada 08 Sep 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Azhael

Penyanyi Hael Husaini memberitahu ada pihak yang masih tidak jelas dengan status kumpulan Azhael yang telahpun membawa haluan sendiri sejak Februari lalu.

Ini kerana masih timbul persoalan daripada sesetengah pihak yang mempertikaikan kemunculan solo kedua-dua ahli kumpulan itu, Hael dan Azhar.

Mungkin ada sesetengah pihak kurang maklum mengenai kami yang sudah membawa haluan sendiri. Biarpun masing-masing sudah ada karier, tidak timbul istilah bermasam muka. Malah, kawan-kawan saya dan Azhar juga daripada kelompok sama.
Sumber: BH Online

Mengukuhkan lagi kenyataan perhubungan mereka berada dalam keadaan baik, penyanyi lagu Jampi itu sanggup datang dari Johor semata-mata untuk memberikan sokongan kepada Azhar pada Konsert Pertama AF Megastar baru-baru ini.

Saya datang untuk memberi sokongan kepada Azhar menyanyikan lagu Sampai Mati. Alhamdulillah. Saya selamat sampai sebelum Azhar membuat persembahan. Saya bangga dengan dirinya beraksi pada malam itu.
Sumber: BH Online

Menyentuh perkembangan kerjaya seninya pula, Hael memanjatkan kesyukuran kerana rezekinya dalam dunia hiburan bertambah baik.

Dalam kesibukan karier, kehidupan penyanyi berusia 29 tahun itu juga bertambah ceria dengan kehadiran anak angkatnya, Nur Helena.

isu berpecah dengan azhar akhirnya hael buka mulut 2

Kredit foto: Instagram Hael Husaini

Alhamdulillah. Semuanya baik-baik. Semakin ramai artis meminta lagu daripada saya. Di rumah pula, saya seronok mengasuh Helena dengan bantuan keluarga.
Sumber: BH Online



Hakcipta iluminasi.com (2017)