Oleh pada 12 Sep 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Mila Jirin & Instagram Akademi Fantasia

Penyanyi Mila Jirin akui berasa terkesan dengan keputusan juri yang mengenepikannya daripada senarai 12 peserta AF Megastar.

Namun dia menerima seadanya keputusan dengan anggapan ia sebagai asam garam dalam pertandingan.

Malah Juara Akademi Fantasia Musim Kelima itu juga melihat hikmah di sebaliknya, di mana rezekinya mungkin lebih berpihak dalam dunia perniagaan.

allah lebih tahu mila akhirnya buka mulut isu tersingkir af megastar 2

Kredit foto: Instagram Mila Jirin

Secara jujur memang berasa sedih tapi saya reda kerana ini adalah adat pertandingan. Saya hormati keputusan dan penilaian yang dibuat oleh juri dalam memilih 12 yang terbaik. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk saya, rezeki saya mungkin ke arah perniagaan.
Sumber: Mstar

Mila membuat kenyataan tersebut apabila diminta mengulas tentang penyingkirannya dalam AF Megastar yang mencetuskan kontroversi di kalangan netizen.

Selain Faizal AF4, nama Mila antara yang disebut-sebut sebagai peserta yang layak berdasarkan kredibiliti vokal dan persembahan mereka.

Malah penaja AF Megastar, Datuk Aliff Syukri juga antara yang bangkit menyuarakan sokongan buat penyanyi kelahiran Pulau Pinang itu sehingga sanggup membantah keputusan juri.

Dalam pada itu, Mila tidak berasa tempoh sebulan yang dikorbankan untuk persiapan pertandingan sebagai sesuatu yang sia-sia.

Malah dia sudah merencana perancangan sendiri untuk kembali menyinari dunia hiburan.

allah lebih tahu mila akhirnya buka mulut isu tersingkir af megastar 3

Kredit foto: Instagram Mila Jirin

Saya tidak menyesal walaupun sebulan itu saya terpaksa membahagikan masa kepada nyanyian, ibu dan perniagaan. Bagi saya ini adalah peluang terbaik saya untuk kembali ke dunia hiburan. Biarpun tiada rezeki, namun saya terharu masih ramai yang memberi sokongan kepada saya untuk kembali aktif.
Sumber: Mstar

Dalam perkembangan terkini, Mila sedang dalam perancangan untuk tampil dengan single terbaru sebagai hadiah buat peminat.

Terdahulu, Konsert Homecoming AF Megastar mengumumkan senarai 12 peserta yang terpilih untuk bertanding di konsert mingguan.

Mereka adalah Indah Ruhaila, Bob, Idayu, Ewal, Marsha, Syamel, Amir Jahari, Adira, Shahir, Amir, Sufi dan Azhar.

Manakala 12 bekas pelajar AF yang disingkirkan ialah Anding, Rosma, Adam, Amylea, Zahid, Nubhan, Ara, Faizal, Faizul, Firman, Mila dan Aril.

AF Megastar bersiaran di saluran Astro Ria, setiap Ahad, jam 9 malam.




Hakcipta iluminasi.com (2017)