Kredit foto: Instagram Putra Amaris
Usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida, menolak hubungan yang membabitkan perkongsian hidup dengan suami orang.
"Saya pernah berada dalam situasi bermadu itu. Saya tak suka. Jadi sebab itulah saya tak suka laki orang tapi takut juga jika kata-kata itu termakan diri sendiri," kata Vida kepada Sinar Harian.
Diburu gosip menjalinkan hubungan dengan Putra Amaris, Vida akui sudah berkawan lama dengan aktor itu, namun hanya baru-baru ini sahaja mereka rapat iaitu selepas berpeluang menjalinkan kerjasama.
Umum sedia maklum bahawa Amaris adalah suami orang, justeru hubungan itu menjadi topik hangat di kalangan netizen.
Kredit foto: Instagram Datuk Seri Vida
"Saya sudah mengenali Amaris lima tahun yang lalu. Baru-baru ini kami baru sahaja bekerja bersama apabila dia mahu terlibat dengan muzik video saya," katanya.
Apakah benar pertalian mereka lebih daripada sekadar teman, pelantun Lavida Raya ini berkata:
"Dia mahu bekerja dengan saya dan semenjak itu kami rapat. Berkenaan dengan hubungan, saya tak tahu nak cakap macam mana. Tunggu dan lihat, masa akan menentukannya."
Untuk info, Amaris atau nama penuhnya, Amran Ismail, 32, merupakan suami kepada seorang bekas ustazah sejak Januari lalu.
Datuk Seri Vida, 48 sebelum ini melalui perkahwinan ketiga dengan Fairuz sebelum bercerai pada 7 April lalu.