Oleh pada 25 Feb 2018 kategori

Kredit foto: Mstar

Penyanyi dan komposer Ippo Hafiz menyangkal dakwaan kononnya dia sudah mendirikan rumah tangga sebagaimana dicanang netizen.

Kata Ippo, andaian itu timbul selepas berita dia mengambil anak angkat dihebahkan di ruangan hiburan akhbar dan portal.

“Saya dapat tahu gosip itu daripada beberapa komen yang diberikan peminat di laman sosial, baru-baru ini.

“Terus terang, saya masih bujang dan belum pernah berkahwin sebelum ini," katanya.

Sehubungan itu, Ippo berharap segala spekulasi yang tersebar dapat dihentikan serta-merta.

“Saya berharap kenyataan yang diberikan ini juga menjawab segala persoalan,” katanya.

Beliau membuat kenyataan tersebut sewaktu menghadiri majlis program Fit Hasil 2018 yang berlangsung di Akademi Percukaian Malaysia, Bangi, semalam.

Dalam pada itu, pemilik nama sebenar Muhammad Hafiz Yaziz ini juga menafikan dia sengaja merahsiakan anak angkatnya, Cinta Rizky Amanda, daripada pengetahuan umum sebelum hebahan dibuat.

ippo hafiz dikatakan sudah berkahwin ini responnya 2

Kredit foto: Instagram Ippo Hafiz

“Saya ada sebab tersendiri untuk tidak beritahu peminat lebih awal kerana anak angkat saya itu masih kecil.

“Saya juga tidak mahu ada orang anggap apa yang dilakukan sekadar trend selebriti mengambil angkat.

“Kini, anak angkat saya sudah berusia 17 bulan dan baru saya sedia untuk beritahu peminat,” katanya.

Sementara itu, Ippo akui rezekinya dalam dunia hiburan tidak pernah surut sejak menjaga anak kecil itu.

“Anak angkat itu adalah anugerah Allah S.W.T yang tidak ternilai buat saya dan keluarga.

“Jika bertemu jodoh nanti, saya berharap bakal isteri boleh terima anak angkat saya ini seperti anak sendiri,” katanya.

Sumber berita: Harian Metro




Hakcipta iluminasi.com (2017)