Pada masa kini, teknologi kecerdasan buatan atau artificial intelligent (AI) banyak digunakan dalam pelbagai bidang antaranya biometrik, teknologi pengecaman wajah, bot chat dan banyak lagi. Malah, makin ramai pihak yang mula memanfaatkan AI dalam ciptaan mereka.

Menariknya, Tec-Innovation iaitu sebuah syarikat startup dari Austria telah menghasilkan sebuah kasut pintar yang diberi nama InnoMake. Kasut ini menggunakan sensor ultrasound untuk memberi amaran kepada pengguna OKU masalah penglihatan mengenai halangan di hadapan mereka sewaktu berjalan. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kasut InnoMake yang pintar ini bertujuan untuk menjadi alternatif moden untuk tongkat bagi golongan ini yang sudah diperkenalkan dan digunakan sejak puluhan tahun lalu yang lalu oleh berjuta-juta orang di seluruh dunia yang mempunyai masalah penglihatan untuk bergerak ke mana-mana sahaja.

Integrasi dengan teknologi AI

Model yang ada pada masa kini bergantung pada sensor untuk mengesan rintangan dan memberi amaran kepada pemakainya melalui getaran dan amaran yang dapat didengar pada telefon pintar yang disambungkan melalui signal Bluetooth.

Walaupun dilihat sudah cukup mengagumkan, syarikat itu sudah mengusahakan versi baru yang jauh lebih maju yang menggabungkan kamera dan kecerdasan buatan yang bukan hanya mengesan rintangan tetapi juga sifat rintangan tersebut.

Bagi merealisasikan rancangan ini, pihak Tec-Innovation telah bekerjasama dengan Universiti Teknologi Graz, Austria untuk mengembangkan algoritma pembelajaran mendalam canggih yang dimodelkan pada rangkaian saraf yang dapat menganalisis maklumat yang diberikan oleh sensor dan kamera yang digabungkan dalam kasut InnoMake.

kasut pintar oku

Dengan integrasi ini, InnoMake berkeupayaan untuk menentukan sama ada kawasan itu bebas rintangan dan selamat untuk dilalui, dan juga membezakan antara pelbagai jenis halangan. Sebagai contoh, pemakai boleh tahu di hadapannya ada tangga, dinding, halangan pegun atau bergerak seperti kenderaan, dan sebagainya.

Selain itu, LED pada setiap sensor dapat diatur untuk berkelip setiap kali halangan dikesan. Sensor ultrasonik yang dipasang di hujung kasut mengesan rintangan sejauh empat meter. Pemakainya kemudian diberi amaran oleh getaran dan / atau isyarat akustik.

Menurut Markus Raffer, pengasas bersama Tec-Innovation yang juga mempunyai penglihatan, setakat ini InnoMake berfungsi dengan baik dan sudah sangat membantunya dalam kehidupan seharian.

Penggunaan algoritma pembelajaran mendalam (deep-learning algorithms)

kasut oku penglihatan

Saintis di institusi Universiti Teknologi Graz, Austriaitu sedang mengembangkan versi modul sensor kamera yang boleh dibuka dan dipasang pada kasut dengan mudah. Output dari kamera dianalisis dengan algoritma pembelajaran mendalam untuk diproses.

Pertama sekali, video tersebut akan digunakan untuk melengkapkan sistem ultrasound sedia ada, memastikan bahawa jalan di hadapan pemakai bebas daripada halangan.

Selain itu, apabila rintangan atau halangan dikesan, video ini akan digunakan untuk menentukan apakah rintangan itu sesuatu yang harus diabaikan oleh pengguna (seperti batu kecil), perlu dielakkan masuk ke dalam (seperti lubang) atau dielakkan dan ubah laluan (seperti dinding).

Daripada video dan integrasi dengan teknologi AI yang digunakan, pemakai kasut InnoMake akan diberi amaran sewajarnya. Penciptaan dan inovasi InnoMake tidak terhenti setakat itu sahaja. Langkah seterusnya untuk Tec-Innovation adalah menggunakan data yang dikumpulkan oleh sistemnya untuk membuat sebuah peta navigasi pandangan jalan untuk orang yang mempunyai masalah penglihatan.

Seperti yang ada sekarang, hanya pemakainya mendapat keuntungan dalam setiap kes dari data yang dikumpulkan oleh kasut ketika dia berjalan. Data ini mungkin akan lebih berguna apabila dikumpulkan dan dapat dikongsikan kepada orang lain pada masa hadapan sebagai alat bantu navigasi.

Mudah digunakan dan mesra pengguna

kasut pintar

Versi terkini kasut InnoMake sudah tersedia untuk dibeli di laman web Tec-Innovation, dengan harga €3,200 ($3,850) setiap pasang. Walaupun tanpa fungsi kamera yang masih dalam proses pembangunan, kasut ini adalah teknologi yang mengagumkan yang menampilkan mod canggih dan algoritma untuk menjadikan sistem ini semudah mungkin.

Selain itu, pemakai boleh membuat penyesuaian secara masa nyata dengan butang di bahagian belakang peranti. Jangkauan sensor dapat disesuaikan hingga 4 meter dengan menekan butang.

Anda boleh mengaktifkan mod pintar yang mengarahkan sistem untuk berhenti sebenar (pause) secara automatik misalnya semasa anda duduk untuk menjimatkan bateri. Selain itu anda juga boleh menggunakan InnoMake sebagai pengimbas untuk mendapatkan maklumat mengenai persekitaran anda dengan pergerakan kaki.

Sistem canggih ini diintegrasikan dengan selesa di bahagian depan kasut dan diletakkan dalam sarung kalis air dan tahan debu. Ia dikuasakan oleh bateri "heavy duty" yang boleh bertahan hingga satu minggu, bergantung pada penggunaannya. Bateri boleh dicas penuh hanya dalam tiga jam, menggunakan sambungan kabel USB.

Kredit:

  1. Tec-Innovation
  2. Hackster 
  3. New Atlas



Hakcipta iluminasi.com (2017)