Semakin maju teknologi, semakin banyak juga teknologi yang dibangunkan untuk golongan OKU. Golongan OKU juga adalah manusia biasa dan mereka berhak menikmati kehidupan yang sempurna, sepertimana manusia bukan OKU.
Dengan kemajuan teknologi, banyak ciptaan baru yang membantu mereka menjalani kehidupan dengan lebih baik dan sempurna. Masih banyak teknologi untuk golongan OKU sedang dibangunkan dan berikut merupakan beberapa teknologi menarik yang sudah dibangunkan untuk golongan ini.
BESARKAN TEKS A- A+
1. Baju robot exoskeleton
Bagi membantu mereka yang telah lumpuh (sama ada sebahagian atau sepenuhnya), cipta robot exoskeleton mempunyai potensi yang sangat besar. Kebanyakan daripada kita mula mengenali konsep asas robot exoskeleton pada tahun 1986 apabila filem Aliens ditayangkan.
Sebenarnya terdapat banyak syarikat yang menghasilkan banyak reka bentuk berdasarkan tema robot exoskeleton ini selama bertahun-tahun. Ada antaranya yang memfokuskan bantuan dalam berjalan dan beberapa fungsi yang kebanyakan kita boleh lakukan dengan mudah seperti mengangkat minuman atau membawa barang berat.
2. Cermin Mata Enchroma
Warna adalah sebahagian daripada kehidupan seharian bagi kebanyakan kita. Tetapi bagi mereka yang rabun warna, ini amat menyedihkan kerana mereka tidak dapat melihat dunia seperti orang lain. Masalah rabun warna juga menyebabkan seseorang itu rasa seperti kehilangan.
Anda boleh pergi ke YouTube dan menonton video yang menunjukkan ramai yang mencuba cermin mata ini buat kali pertama. Ia sebenarnya satu pengalaman yang sangat beremosi dan agak mengharukan untuk melihat reaksi seseorang yang tidak pernah benar-benar melihat warna sebelum memakai sepasang cermin mata Enchroma.
3. Alat bantu pendengaran AI
Masa depan alat bantu pendengaran mempunyai potensi yang lebih luas dengan perkembangan teknologi AI atau kecerdikan buatan. Peranti pendengaran AI mampu menapis bunyi dan bukan sekadar menguatkannya apabila ia sampai ke telinga pemakai.
Ia membolehkan seseorang yang memakainya menumpukan perhatian pada perkara yang mereka mahu dengar dann menapis bunyi yang mereka tidak mahu dengar. Ini bermakna, dalam bilik yang sesak, anda boleh menumpukan perhatian pada perkara yang hanya diperkatakan oleh seorang manakala tidak mendengar bunyi yang lain.
4. Jam pintar "Dot Watch"
Kita sedia maklum golongan yang mempunyai masalah penglihatan biasanya akan mempunyai kemahiran membaca dengan menggunakan sistem braille. "Dot Watch" memanfaatkan sistem braille dan dibangunkan untuk golongan masalah penglihatan dengan pelbagai fungsi menarik.
Apabila dipasangkan dengan telefon bimbit, jika anda mendapat mesej, ia boleh diterjemahkan ke dalam braille pada jam tangan supaya anda boleh membacanya semasa dalam perjalanan. Jam pintar ini mempunyai banyak fungsi menarik termasuk boleh menyimpan maklumat, hantar notifikasi dan sebagainya.
5. Scalevo - Kerusi roda yang boleh melalui tangga
Tidak semua tempat yang mempunyai tangga menyediakan lif untuk golongan OKU yang tidak boleh berjalan. Lebih malang, ada tempat yang tidak mempunyai laluan bercerun khas untuk golongan OKU di tangga. Beberapa syariakat seperti Screwo cuba membantu golongan berkerusi roda.
Kerusi roda ini akan menyesuaikan diri dengan reka bentuk untuk memberikan akses, membolehkannya untuk memanjat tangga. Pengguna juga boleh mengawalnya dengan telefon pintar jika mereka mahu. Ia boleh naik sehingga satu meter dari tanah supaya pengguna boleh mencapai tempat yang lebih tinggi, dan ia masih mudah alih sepenuhnya pada ketinggian itu.
6. OrCam MyEye
Bukan semua orang yang mempunyai masalah penglihatan buta, dan ini bermakna ramai orang mempunyai keperluan yang berbeza-beza dalam mempertingkatkan cara mereka mengemudi dunia. MyEye melibatkan penggunaan kamera kecil, dan mikrofon terletak dalam sepasang cermin mata
Ia boleh disambungkan ke komputer kecil yang boleh anda simpan di dalam poket anda. Setelah ia dihidupkan, pengguna hanya perlu menuding pada sesuatu. Selain wajah, teks dan wang, MyEye dapat mengenal pasti pelbagai objek untuk membantu anda menavigasi dunia anda.
7. Syrinx - Anak tekak buatan
Satu kecacatan yang sering diabaikan kerana jarang didengari adalah kehilangan keupayaan untuk bercakap. Tetapi Syrinx ialah teknologi terkini yang boleh memberikan suara kepada mereka yang mungkin kehilangannya akibat trauma fizikal atau sesuatu seperti kanser.
Syrinx boleh dipakai, yang boleh membebaskan tangan untuk memandu atau menaip. Malah pemakai boleh memuat naik sampel suara mereka sebelum mereka kehilangannya untuk membantu peranti menirunya. Ia menggetarkan leher sama seperti cara anak tekak semula jadi, menghasilkan julat frekuensi yang mampu menyalin pertuturan dan suara yang berbunyi normal.
Kredit: