Sempena bulan Ramadhan ini, umat Islam di seluruh dunia akan menunaikan ibadah puasa. Aktiviti berbuka puasa dan bersahur amatlah sinonim dengan buah kurma. Ini kerana berbuka puasa dengan buah kurma merupakan sunnah Nabi Muhammad S.A.W.
Dari Anas bin Malik, diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad dan al-Tirmizi :
Bahawa Rasulullah S.A.W. berbuka dengan puasa sebelum bersolat dengan beberapa biji rutab (kurma basah), sekiranya tiada rutab maka dengan beberapa biji tamar (kurma kering), dan sekiranya tiada tamar maka baginda minum beberapa teguk air.
Menurut beberapa sumber lain, kurma juga mempunyai banyak manfaat dalam kandungannya terhadap kesihatan tubuh badan manusia. Berikut adalah beberapa manfaat sekiranya anda mengkonsumsi sekurang-kurangnya tiga biji kurma setiap hari selama tujuh hari.
BESARKAN TEKS A- A+
1. Mengurangkan risiko kanser kolon
Credit : massgeneral
Selain memastikan makanan dapat bergerak melalui sistem pencernaan pada kadar yang baik, kurma juga dapat membantu memastikan bahawa usus itu sendiri berada dalam keadaan baik dan bebas daripada bakteria berbahaya.
Apabila sistem pencernaan dan usus berfungsi dengan baik, begitu juga dengan kolon (bahagian usus yg di sebelah bawah dan lebih besar). Ia juga menyebabkan risiko untuk mendapat kanser kolon semakin berkurang.
Satu kajian yang dijalankan oleh Jabatan Sains Makanan dan Nutrisi mendapati bahawa mereka yang mengkonsumsi kurma dapat meningkatkan kadar kesihatan kolon kerana kurma dapat meningkatkan pertumbuhan bakteria baik yang dapat menghalang pertumbuhan sel-sel kanser.
2. Anda mendapat tenaga dengan segera dan bertahan lama
Kurma mengandungi gula semula jadi iaitu glukosa, fruktosa dan sukrosa yang akan memberikan anda tenaga segera apabila anda memerlukannya.
Tidak seperti bar atau minuman bertenaga, kurma mengandungi komponen sihat lain seperti serat, kalium, magnesium, vitamin dan antioksidan.
Komponen-komponen ini akan mengekalkan tahap tenaga tersebut dan tidak akan membuatkan anda keletihan dengan begitu cepat.
3. Kesihatan pencernaan anda akan bertambah baik
Sekirannya anda ingin membuatkan sistem pencernaan anda berjalan dengan baik dan kerap, kurma adalah sesuatu yang anda perlukan. Hanya dengan secawan hidangan kurma, anda akan mendapat kira-kira 12 gram serat. Ia sebenarnya merangkumi 48 peratus pengambilan serat harian yang disyorkan untuk tubuh anda.
Jumlah dan jenis serat yang betul boleh memberikan manfaat kepada kesihatan pencernaan anda dan dapat mencegah masalah sembelit dan memudahkan pergerakan usus yang kerap. Kurma adalah serat terbaik untuk tugasan itu.
Menurut fakta, satu kajian yang diterbitkan dalam British Journal of Nutrition mendapati bahawa orang yang mengkonsumsi tujuh buah kurma setiap hari selama tiga minggu menunjukkan peningkatan dalam kekerapan tinja dan pergerakan usus berbanding mereka yang tidak memakan kurma.
4. Anda mungkin menjadi lebih bijak
Credit : betanews
Kurma mengandungi Vitamin B6 yang terbukti dapat meningkatkan prestasi otak dengan membantu badan menghasilkan serotonin dan neropinephrine.
Serotonin membantu untuk mengawal mood manakala norepinephrine pula membantu badan anda untuk berhadapan dengan tekanan. Kajian telah membuktikan bahawa badan yang mengandungi tahap Vitamin B6 yang rendah sering dikaitkan dengan masalah kemurungan.
Jadi, apabila otak anda bebas daripada sebarang tekanan dan dalam keadaan yang baik maka fokus anda secara automatik akan menjadi lebih tajam dan memudahkan otak untuk proses pembelajaran serta menyimpan maklumat dengan baik.
5. Rawatan masalah buasir
Buasir adalah salur darah vena yang membesar di bahagian bawah rektum dan dubur. Ia akan membawa masalah apabila ianya menjadi radang atau bengkak di hujung saluran penghadaman.
Masalah ini adalah teruk dan sangat menyakitkan tetapi boleh dirawat atau disembuhkan melalui berubahan diet untuk mengurangkan sembelit.
Kebanyakan doktor akan mengesyorkan diet yang tinggi dalam serat dan itu termasuklah kurma yang dapat membantu kandungan dalam usus untuk sentiasa bergerak supaya buasir anda dapat sembuh dengan cepat.
6. Menyembuhkan masalah jantung dan memperbaiki sistem kardiovaskular
Kadang-kala, apa yang anda perlukan ialah pengambilan beberapa biji kurma dalam tempoh panjang untuk menyembungkan jantung yang mempunyai masalah.
Kalium yang terkandung dalam buah kurma begitu ajaib dan dapat menurunkan LDL (Low Density Lipoprotein atau kolesterol jahat). LDL adalah penyebab arteri tersumbat dan boleh menyebabkan berlakunya strok dan juga serangan jantung.
Kajian terhadap wanita yang lebih tua mendapati bahawa pengambilan kalium yang tinggi dapat mengurangkan risiko untuk terkena serangan strok dan strok iskemia.
Oleh itu, mulakan pengambilan kurma sebagai diet dan anda akan dapati kesihatan anda akan lebih lancar dan membawa kepada kebahagiaan dalam kehidupan harian anda.
Rujukan :
1. Food NDTV
2. Food Prevent
3. Health Line