Oleh pada 10 Oct 2018 kategori

11 tahun yang lalu pada tahun 2007, seorang lelaki dari Michigan bernama Stan Larkin telah rebah dengan tiba-tiba di gelanggang bola keranjang sebelum mengetahui bahawa dirinya menghidap kardiomiopati keluarga, iaitu keadaan genetik yang menegangkan otot jantung dengan cara yang boleh menghalang darah mengalir secara efisyen.

Adiknya Dominique juga telah didiagnos dengan penyakit yang sama. Penyakit genetik ini boleh menyebabkan jantung gagal berfungsi tanpa sebarang amaran dan ia sering menjadi punca utama kepada kematian atlet ketika sedang beraksi atau berlatih.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Akhirnya, pada penghujung tahun 2014, jantung Stan gagal berfungsi dengan sepenuhnya dan terpaksa dibuang untuk digantikan dengan jantung tiruan. Walaupun perkara itu sudah dijangkakan oleh Stan, apa yang berlaku seterusnya adalah diluar jangkaannya.

dominique dan stan larkin

Setelah bertahun lamanya berada dalam senarai penantian penderma jantung, Stan dan adiknya Dominique telah dipasangkan dengan peralatan Syncardia yang berfungsi sebagai jantung tiruan.

Seorang pakar bedah yang bertanggungjawab atas pemindahan mereka iaitu Dr. Jonathan Haft dari Pusat Kardiovaskular Universiti Frankel di Michigan memberitahu bahawa kedua-dua beradik itu kelihatan sangat lemah dan sakit ketika pertama kali hadir untuk menjalani rawatan di unit intensifnya.

Dr. Jonathan pada awalnya ingin melakukan pemindahan jantung sebenar pada mereka namun dia merasakan tidak cukup waktu memandangkan belum ada jantung yang sedia untuk didermakan. Ada sesuatu tentang situasi unik anatomi mereka di mana teknologi lain tidak akan berfungsi.

stan bersama peranti jantung buatan freedom

Terdapat beberapa peranti lain seperti defibrilator yang dipasang untuk membantu jantung yang gagal sebahagiannya tetapi Syncardia akan digunakan sekirahnya kedua-dua belah jantung gagal berfungsi.

Setelah melakukan pemasangan mesin itu, doktor mendapati Stan berada dalam keadaan sihat dengan jantung tiruan sehingga dia dibenarkan untuk keluar hospital dan menjalani kehidupan tanpa jantung di dalam tubuhnya.

Stan sememangnya terkejut apabila doktor membenarkannya pulang dan memberitahu bahawa mesin itu akan menjadi jantung sementaranya. Mesin yang menakjubkan itu diberi nama Freedom dan mempunyai berat sebanyak 6kg. 

hidup tanpa jantung original

Jantung buatan ini disambungkan ke badan Stan menggunakan beberapa tiub dan diletakkan di dalam beg galas bagi memudahkan Stan untuk membawanya ke mana sahaja walaupun ke gelanggang bola keranjang di mana Stan meneruskan permainan yang disukainya itu.

Stan memberitahu bahawa ia bukanlah benda paling fleksibel baginya yang perlu dibawa setiap masa. Dia juga menghadapi kesukaran untuk mendukung anaknya namun, dia boleh meneruskan aktiviti riadahnya yang mengejutkan doktor yang memantaunya.

Stan menganggap ia hanyalah sebuah beg dengan tiub yang keluar melaluinya. Ia seperti anda membawa beg untuk pergi ke sekolah. Di samping itu ia berfungsi dengan baik sebagai sebuah jantung.

stan larkin bermain bola keranjang

Akan tetapi, pada tahun 2016, Stan tidak memerlukan mesin Freedom itu lagi kerana jantung derma yang ditunggu-tungu selama ini telah tiba. Dia berjaya melakukan pemindahan jantung dengan berjaya dan pulang ke rumah selepas beberapa minggu pembedahan dilakukan.

Bagi adiknya Dominique pula, dia hanya menggunakan mesin Freedom itu hanya untuk masa beberapa minggu sahaja sebelum menerima jantung untuk pemindahan sepernuhnya.

Pengarah di Pusat Kardiovaskular Frankel berkata Stan dan Dominique adalah wira kepada semua orang di situ. Cara mereka mempublisitikan kisah mereka telah banyak membantu mereka yang mempunyai masalah yang sama mempunyai kekuatan untuk mengharunginya.

temubual stan larkin

Begitu juga dengan para doktor yang akan berasa teruja untuk melakukan pembedahan kerana kisah kejayaan kedua-dua beradik itu dan akan berkongsikannya dengan para pesakit mereka.

Rangkaian Perolehan dan Pemindahan Organ Amerika Syarikat menganggarkan bahawa kira-kira 4,000 orang di seluruh negara sedang menunggu transplantasi jantung pada satu-satu masa.

Pada masa yang sama mereka juga bersyukur peranti seperti Freedom membolehkan beberapa orang yang bernasib baik seperti Stan untuk menjalani kehidupan normal seperti orang lain.

Rujukan:

1. UOFM Health

2. Science Alert

3. Science Daily

4. Genetics Home Reference




Hakcipta iluminasi.com (2017)