Anda mungkin terkejut untuk mengetahui bahawa susu dari lembu mungkin tidak bagi kucing anda.

Kerap kali kita melihat gambar, video, kartun dan filem di mana kucing-kucing menjilat susu dengan gembiranya.

Namun kebenarannya adalah kebanyakan kucing langsung tidak boleh mencerna produk tenusu.

Tetapi mengapa susu tidak baik untuk kucing? Dan mengapa idea bahawa kucing menggemari susu masih menjadi satu mitos yang sangat terkenal? 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kenapa susu berbahaya untuk kebanyakan kucing

kenapa susu bahaya untuk kucing 2

Kebanyakan kucing tidak mempunyai toleransi terhadap laktosa, sama seperti kebanyakan manusia.

Ini bermakna bahawa haiwan ini tidak mempunyai enzim yang diperlukan untuk mencerna laktosa terkandung dalam produk tenusu.

Laktosa adalah sejenis gula yang terdapat dalam produk tenusu. Apabila kucing meminum susu lembu, ia boleh mengalami kekejangan perut dan cirit-birit.

Ini kerana laktosa yang tidak dihadamkan akan tinggal di dalam usus kucing, bukannya mengalir ke dalam aliran darah dan akhirnya menapai disebabkan oleh bakteria.

Penapaian ini membawa kepada pelbagai masalah perut yang sering muncul dalam masa 8 hingga 12 jam selepas susu diminum.

Tidak semua kucing adalah tidak bertoleransi terhadap laktosa, namun kebanyakannya mengalami masalah ini.

Selain itu, tidak ada cara untuk mengetahui sama ada kucing anda tidak bertoleransi atau tidak tanpa memberi produk tenusu kepada kucing yang berisiko membuatkan haiwan ini jatuh sakit. 

Jadi untuk lebih selamat, jauhkan susu lembu, keju dan produk tenusu daripada kucing anda.

Kenapa mitos kucing sukakan susu sangat popular?

mitos tentang kucing sukakan susu

Di ladang, apabila susu diperah secara terus dari lembu, krim paling berlemak naik ke atas, yang mana sangat digemari oleh kucing-kucing ladang.

Jadi, imej kucing-kucing ladang ini menjilat krim tersebut menjadi sebab mengapa idea bahawa kucing sukakan susu muncul.

Dan sudah tentunya idea bahawa kucing suka produk tenusu berterusan sehingga ke hari ini, walaupun ramai di antara kita mendapatkan produk tenusu dari kedai dan tidak lagi membela lembu. 

Dan kebanyakan daripada susu-susu ini tidak mempunyai lemak yang digemari oleh kucing.

Malah, kucing yang menjilat krim berlemak satu ketika dahulu juga terpaksa berhadapan dengan masalah sakit perut.

Tempoh anak kucing boleh minum susu 

anak kucing minum susu

Anak kucing biasanya boleh mencerna susu sehingga ia membiasakan diri dengan makanan lain selain daripada susu ibu.

Sekitar usia 8 minggu, kucing kehilangan enzim laktase yang bertanggungjawab untuk mencerna laktosa.

Tetapi sebelum usia ini juga, produk tenusu bukanlah pilihan yang baik untuk anak kucing. Ini benar terutamanya jika anda membela anak kucing yang masih tidak membiasakan diri dengan makanan lain selain susu ibu. 

Daripada menggunakan produk tenusu, lebih baik untuk anda beli pengganti susu ibu atau susu formula anak kucing dari kedai haiwan yang mana mempunyai semua nutrien yang diperlukan anak kucing.

Alternatif susu untuk kucing 

susu bebas laktosa

Walaupun kedengaran agak "boring", air adalah alternatif terbaik untuk menggantikan susu.

Kucing biasanya tidak mendapat air yang mencukupi dalam dietnya, kerana haiwan ini tidak berasa haus sekerap yang sepatutnya. 

Tapi jika anda ingin memberikan ganjaran kepada kucing anda dalam bentuk cecair, anda boleh membeli susu bebas laktosa di kedai haiwan peliharaan.

Laktosa dalam produk tenusu seperti ini dikeluarkan dengan menambah enzim laktase yang memecahkan gula ini.

Ini bermakna produk bebas laktosa adalah selamat untuk kucing dan manusia yang tidak bertoleransi terhadap laktosa. 

Rujukan:

1. Mengapa Susu Tak Baik Untuk Kucing

2. Kenapa Kucing Tak Boleh Minum Susu

3. Hillspet




Hakcipta iluminasi.com (2017)