Sejak kita kecil lagi kita selalu dipaparkan dengan visual kucing sukakan susu. Sama ada iklan TV, kartun, buku cerita kanak-kanak, semuanya menunjukkan gambar kucing minum susu. Apa yang sebenarnya terjadi tidak pula ditunjukkan kepada masyarakat.
Bolehkah beri kucing minum susu lembu?
Seperti mamalia dewasa yang lain (termasuklah majoriti manusia), kucing tidak toleran laktosa. Ini bermakna, mereka tidak mempunyai enzim yang diperlukan untuk menguraikan laktosa ataupun gula yang terkandung dalam susu.
BESARKAN TEKS A- A+
Memanglah semangkuk susu tidak akan membawa maut kepada seekor kucing, tetapi kesan dan akibat meminumnya akan menyusahkan kucing tersebut beserta tuannya sekali kerana perlu membersihkan kotoran.
Kucing saya minum susu lembu elok je dia?
Jika kucing anda toleran terhadap susu ataupun anda ingin memberikan sesuatu yang istimewa kepada kucing, hanya gunakan susu sebagai salah satu treats. Susu lembu sebenarnya tidak memberikan nutrisi yang ketara pun kepada kucing dan ia juga bukanlah pengganti makanan kucing yang baik.
Jadi, seperti snek treats yang lain, ia hanya perlu diberi sebanyak 10-15% sahaja daripada nilai diet harian seekor kucing.
Untuk mengelakkan obesiti, jangan beri susu melebihi 20-30 kalori setiap hari. Memandangkan secawan susu skim sudahpun mempunyai 83 kalori, anda hanya perlu berikan beberapa sudu sahaja susu kepada kucing untuk mengelakkan masalah berat badan kucing.
Dan seelok-eloknya berilah susu bebas laktosa, susu kambing atau susu khusus untuk kucing bagi proses pencernaan yang tidak bermasalah.
Bagaimana pula dengan anak kucing?
Anda mesti fikir yang anak kucing sudah semestinya memerlukan susu untuk membesar, bukan? Ya, anak kucing memang mempunyai keupayaan untuk mencernakan sedikit laktosa berbanding kucing dewasa.
Walau bagaimanapun, tubuh mereka tidak mampu untuk menghadam susu lembu yang mempunyai kandungan laktosa tiga kali lebih banyak daripada susu ibu kucing.
Meminum susu lembu biasa bukan sahaja menyebabkan kucing cirit-birit, malah ia akan menyebabkan mereka kebuluran sekiranya diet harian mereka tidak dijaga dengan baik. Jika anda hanya memberikan susu semata-mata kepada kucing, nisbah caseins dan whey dalam susu lembu itu tidak mampu menampung tumbesaran seekor anak kucing.
Susu khusus untuk kucing
Jadi, sekiranya anda perlu menjaga seekor anak kucing tanpa kehadiran ibunya, belilah susu khas untuk kucing di kedai haiwan peliharaan. "Susu" ini diformulasikan khusus untuk memberi nisbah caseins dan whey yang tepat untuk memberikan nutrisi sempurna kepada kucing tanpa sebarang komplikasi penghadaman.
Harap info ini berguna. Miau!
Rujukan:
2. Pets Web MD
3. Cornell University College of Veterinary Medicine
4. Vet Street