Oleh pada 30 Apr 2024 kategori

Comel, manja dan degil ya amat, kucing adalah haiwan peliharaan yang digemari ramai orang. Bagaimanapun bukan semua orang suka akan kucing, kalau kucing milik orang lain suka 'melabur' di rumah kita.

Dalam internet, banyak petua menghalau kucing dikongsikan dengan kaedah paling aneh dan sering ditular adalah mengisi botol dengan air yang diwarnakan merah; didakwa sesetengah pihak berjaya mengatasi masalah ini. Seperti yang sudah kami jelaskan dalam artikel kami, solusi ini hanyalah pseudosains atau sains tipu.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sekiranya kita mencari jalan bagaimana nak mengelak kucing datang ke rumah kita, apa kata anda cuba kaedah paling mudah yang dikatakan berkesan serta bersifat semulajadi. Gunakan tumbuhan untuk menghalau haiwan comel ini.

1. Serai wangi

serai wangi mampu halau kucing

Semua kucing tidak gemarkan tumbuhan yang mempunyai aroma dan daun yang mempunyai tekstur yang kasar. Salah satu tumbuhan yang cukup dibenci kucing adalah pokok serai wangi atau citronella dalam bahasa Inggeris.

Sifat-sifat serai wangi memerlukannya duduk di kawasan yang terdedah kepada cahaya matahari dengan kelembapan tanah yang tidak begitu tinggi kadarnya. Jadi serai wangi sesuai untuk dijadikan perisai pertama rumah anda, disusun di luar rumah.

Selain kucing, serai wangi juga sangat berkesan dalam menangani masalah kehadiran nyamuk di kawasan-kawasan di mana pokok ini ditanam.

2. Gandaria

pokok yang boleh halau kucing berak

Anda mungkin jarang mendengar istilah ini, tetapi kami yakin ramai tahu istilah Inggerisnya iaitu lavender!

Gandaria adalah tumbuhan yang cukup terkenal dengan kencantikannya serta baunya yang segar. Kucing cukup tidak suka akan tumbuhan ini kerana aromanya. Datang dalam pelbagai jenis warna bunga berbeza seperti warna gandaria sendiri, biru, ungu dan putih, gandaria juga berkesan menjadi tempat rama-rama hinggap.

Bagaimanapun ada pihak menyifatkan keberkesanan tumbuhan ini sebagai penghalau kucing, adalah mitos semata-mata. Ini kerana tidak ada kajian saintifik dilakukan setakat ini bagi mengenalpasti kesahihannya.

3. Oregano

oregano penghalau kucing

Di seluruh dunia, ada bermacam jenis tumbuhan dari spesis oregano ini dan setiap satunya mempunyai rupa yang berbeza.

Biasa digunakan sebagai bahan rempah dalam masakan, menanam oregano dirumah bukan saja mampu menghalau kucing malahan memberikan anda alternatif untuk mencuba resipi yang baru. Kucing tidak suka akan aroma tumbuhan ini.

Walaupun demikian harus kami ingatkan, seandainya ada kucing termakan daun atau minyak oregano, besar kemungkinan akan berlaku kerosakan organ dalaman pada kucing tersebut kerana oregano dikategorikan sebagai toksin untuk makhluk comel tersebut.

4. Pokok rosemary

tumbuhan rosemary halau kucing

Dalam istilah bahasa Melayu, nama tumbuhan ini ditulis mengikut kaedah asalnya dalam bahasa Inggeris; jadi tak perlulah kita 'membahasa Melayu0kan' nama tumbuhan ini menjadi 'rosmari' ya.

Seperti tumbuhan lain, kemampuan rosemary untuk mengusir kucing malahan haiwan-haiwan lain sering diperdebatkan. Namun begitu ramai yang telah berkongsikan kaedah yang benar-benar berkesan berasaskan rosemary.

Campurkan perahan sebijil limau dengan beberapa titis minyak rosemary dengan air. Masukkan ke dalam botol semburan lalu semburkan di mana kucing selalu bermaharajalela. Teknik ini diyakini berkesan.

Kalau tak berkesan pun, sekurang-kurangnya di rumah anda sudah ada tanaman yang boleh dibuat masakan.

5. Pokok scaredy cat

tumbuhan semulajadi halau kucing

Di antara semua tumbuhan, pokok inilah yang namanya saja sudah menggambarkan sifat penghalau kucing. Dalam bahasa Melayu, pokok ini dikenali sebagai pokok ati-ati.

Duduk dalam keluarga pokok pudina dengan nama Coleus canina, tumbuhan ini khususnya yang mampu mengeluarkan bunga agak sukar dijumpai di negara kita. Mungkin itu adalah sesuatu yang baik, kerana bunganya dikatakan agak busuk.

Kepercayaan tentang tumbuhan ini dijadikan penghalau kucing memang sering diperdebatkan. Bagaimanapun bagi mereka yang yakin kemampuannya, bukan saja kucing mampu diusir oleh pokok ini, bahkan anjing, arnab dan musang pun akan mengelak daripada menghampiri tumbuhan berbau busuk ini.




Hakcipta iluminasi.com (2017)