Ketika anda sedang melancong, jatuh sakit adalah perkara terakhir yang anda mahukan.
Malangnya, lapangan terbang (airport) penuh dengan orang dan oleh itu, penuh dengan penyakit kuman.
Tetapi apakah bahagian paling kotor dan penuh dengan kuman di lapangan terbang?
Jika difikirkan secara logik, anda mungkin fikir tandas adalah tempat yang paling kotor.
BESARKAN TEKS A- A+
Namun, kajian baru-baru ini memperlihatkan bahawa perkara ini adalah tidak benar dan tempat yang paling dipenuhi bakteria adalah tempat yang anda mungkin tak sangka.
Sepanjang musim cuti 2017, syarikat insurans berpangkalan di Texas, InsuranceQuotes menyiasat lokasi di lapangan terbang yang paling dipenuhi bakteria, dengan melakukan 18 ujian di 6 permukaan yang berbeza dari 3 lapangan terbang Amerika Syarikat dan penerbangan utama A.S..
Mereka kemudian menghantar sampel tersebut ke makmal untuk mengenal pasti bilangan purata bakteria atau sel kulat per inci persegi, yang juga dikenali sebagai unit pembentukan koloni (CFU).
Ia mungkin akan mengejutkan anda untuk mengetahui bahawa daripada semua permukaan diuji, kios daftar masuk diri (Self-check-in) adalah tempat yang mempunyai jumlah bakteria dan sel kulat tertinggi.
Ia diikuti oleh tempat letak tangan dan juga air pancut.
Skrin pada kiosk daftar-masuk-sendiri adalah rumah kepada 253,857 CFU, manakala tempat letak tangan di pintu masuk penerbangan mempunyai 21,630 CFU dan butang pada air pancut air mempunyai purata 19,181 CFU.
Jika difikirkan, ia masuk akal di mana kios daftar-masuk-sendiri adalah tempat di mana tangan kebanyakan orang di lapangan terbang dari seluruh dunia "bertemu" dan pengguna terpaksa menyentuhnya.
Sepanjang hari, beribu-ribu orang menggunakan skrin yang sama untuk mendapatkan tiket mereka ke menaiki pesawat tanpa menyedari mereka menyentuh bahagian paling penuh dengan bakteria di lapangan terbang.
Itulah sebabnya tidak menghairankan bahawa Lapangan Terbang Antarabangsa Hartsfield-Jackson di Atlanta, lapangan terbang tersibuk di dunia, adalah yang paling dipenuhi bakteria berbanding lapangan terbang lain yang diuji.
Satu kios daftar-masuk-sendiri di lapangan terbang ini dipenuhi dengan 1 juta CFU. Untuk memudahkan gambaran dan perbandingan, kerusi tandas di lapangan terbang hanya mengandungi purata 172 CFU.
Jadi, jumlah bakteria yang ditemui di skrin kiok tersebut adalah 5,813 kali ganda berbanding kerusi tandas. Dahsyat, kan?
Langkah kebersihan ketika di lapangan terbang
Dan walaupun lapangan terbang mungkin dipenuhi dengan kuman, tetapi sudah tentu terdapat cara untuk melindungi diri anda.
Berikut adalah senarai perkara yang boleh anda lakukan untuk menjadikan pengalaman percutian anda sebersih yang mungkin:
- Sentiasa memakai sarung kaki melalui laluan keselamatan lapangan terbang. Berjalan berkaki ayam melalui laluan keselamatan membuatkan anda lebih cenderung untuk menerima jangkitan kulit atau kulat seperti kaki atlet (athlete's foot).
- Bawa pembersih tangan (hand sanitizer) mini untuk membersihkan tangan anda selepas menyentuh skrin yang kotor. Pastikan ia berada dalam saiz yang diluluskan untuk dibawa masuk ke dalam pesawat.
- Jika anda ingin bersandar siku anda di tempat letak tangan di pintu masuk, bersihkannya terlebih dahulu menggunakan kain lap disinfektan.
- Yang ini mungkin tak perlu diberitahu, tetapi sentiasa basuh tangan anda selepas menggunakan tandas awam tak kiralah di lapangan terbang ataupun di tempat lain.
Sudah tentu, cara terbaik untuk mengelakkan daripada situasi ini di lapangan terbang adalah mengelakkan daripada pergi sepenuhnya dan mendaftar masuk penerbangan anda di rumah menggunakan komputer atau telefon pintar.
Dengan mendaftar masuk lebih awal, anda juga menjimatkan masa dan boleh terus ke laluan keselamatan dengan pas masuk mudah alih anda.
Rujukan:
1. QZ
2. CN Traveler