Jika anda seorang yang penggeli dan ingin terus menggunakan tandas awam sepanjang hidup anda, mungkin anda harus berhenti membaca artikel ini. Namun, ada baiknya jika anda mengetahui kebenaran dan lebih berjaga-jaga.

Tahukah anda, walaupun pengering tangan di dalam tandas awam adalah lebih mesra alam berbanding tisu, namun ia juga boleh menjadi "pusaran najis". Ia bermula apabila seseorang mengepam tandas yang terbuka, serpihan najis dan bakteria akan melambung dan sampai pada ketingian 4.5 meter ke udara.

BESARKAN TEKS     A-  A+

realiti sebenar pengering tangan di tandas awam 2

Dan jika itu tidak membuatkan anda berasa geli-geleman lagi, kajian terbaru menunjukkan bahawa sisa-sisa najis dan bakteria yang berterbangan itu boleh disedut oleh pengering tangan yang mana kemudiannya meniup angin terus ke tangan anda yang baru sahaja dicuci.

Kajian tersebut dijalankan oleh penyelidik di Universiti Connecticut dengan meletakkan mangkuk petri di bawah pengering tangan di beberapa buah tandas di sekitar universiti ini. Pasukan penyelidik ini kemudiannya mengumpulkan semula semua mangkuk petri tersebut untuk dianalisa.

mesin pengering tangan kotor dan banyak bakteria

Kajian tersebut mendapati bahawa mangkuk petri yang terdedah kepada udara tandas yang normal mempunyai kehadiran satu koloni bakteria, manakala sampel yang terdedah kepada pengering tangan selama 30 saat  menunjukkan kehadiran di antara 18 hingga 60 koloni bakteria bagi setiap mangkuk.

"Ia menunjukkan semakin banyak gerakan angin dalam tandas, semakin tinggi bakteria akan melekat pada tangan anda, dan juga anggota lain yang terdedah," jelas ketua penyelidik, Peter Setlow.

Peter Setlow sendiri bersumpah tidak akan menggunakan lagi pengering tangan yang disediakan di tandas awam. Kini, Universiti Connecticut menyediakan tisu tangan sebagai alternatif kepada pengering tangan.

realiti sebenar pengering tangan di tandas awam 4

Namun, bagi mereka yang bukan seorang yang penggeli, tidak perlu risau dan bimbang. Menurut Peter, walaupun individu yang mengalami masalah lemah sistem imun seperti warga emas harus mengelakkan daripada menggunakan pengering tangan, namun golongan lain masih mampu dan boleh menggunakannya tanpa sebarang masalah.

Selain itu, hanya disebabkan pengering tangan "menghembuskan" berjuta-juta bakteria, tak semestinya ia buruk untuk anda. Lagipun, kulat dan bakteria ada di mana-mana sahaja dan sebahagian besarnya tidak membuatkan anda sakit.

Malah, terdedah kepada bakteria adalah sebahagian daripada pembinaan sistem imun anda supaya anda boleh hidup lebih lama dan sihat. Jadi, untuk terus menggunakan pengering tangan atau tidak terletak pada pilihan anda.

Rujukan:

1. Business Insider

2. Science




Hakcipta iluminasi.com (2017)