Apabila bercakap tentang haiwan terbang, kita biasanya akan terbayangkan pelbagai spesis burung atau kelawar.
Namun evolusi dan penyesuaian oleh haiwan bertahun-tahun lamanya mampu mengejutkan kita semua.
Anda mungkin tidak menyedari bahawa kaedah terbang telah berkembang dalam kalangan haiwan, yang membuatkan spesis seperti ikan, mamalia dan reptilia mampu terbang.
BESARKAN TEKS A- A+
iluminasi.com kongsikan 5 spesis haiwan yang anda tidak tahu mampu terbang.
5. Ayam belanda liar
Biasanya jika anda terlihat ayam belanda, ia biasanya berada di atas tanah. Jadi, mungkin anda akan terkejut jika melihat haiwan ini mampu terbang walaupun dengan jarak yang agak pendek,
Walau bagaimanapun, apabila haiwan ini terbang, ia terbang dengan kelajuan yang agak mengejutkan.
Malah, Live Science mendakwa bahawa ayam belanda mampu terbang dengan kelajuan 88 kilometer sejam.
Oleh kerana haiwan ini tinggal di atas pokok, ini bermakna ia perlu memanjat ke atas pokok.
Lebih menarik, ayam belanda lebih hebat terbang berbanding memanjat pokok, walaupun berbadan besar.
Walaupun begitu, bukan semua ayam belanda mampu terbang. Ayam belanda liar sahaja yang mampu terbang dan tidak bagi yang dibela untuk tujuan penternakan.
Petani biasanya menternak ayam belanda untuk mempunyai dada yang lebih besar daripada biasa, yang mana menghalang haiwan ini untuk terbang.
4. Semut luncur
Perkara yang luar biasa mengenai semut meluncur ini adalah ia tidak bersayap, namun menguasai mod penerbangan dengan sangat hebat.
Fenomena semut meluncur baru sahaja ditemui, dengan ahli biologi University of California menulis kertas mengenainya pada tahun 2005.
Oleh kerana ia hidup di atas pokok, serangga ini mempelajari cara untuk kembali ke pokok asal menggunakan isyarat visual.
Ahli biologi mengkaji serangga ini dan mengetahui bahawa ia boleh berpusing 180 darjah di udara.
Semut meluncur ini masuk ke batang pokok dengan cara mengundur dan kemudiannya menendang menggunakan kaki belakang.
Kadar kejayaan mendarat dianggarkan sebanyak 85% di batang pokok yang sama.
Ahli ekologi Universiti Texas, Stephen P. Yanoviak berkata, "Di hutan Amazon, jatuh dari pokok dan ke dalam air boleh membunuh. Ini mungkin menjadi penggerak utama kepada evolusi di sebalik tingkah laku itu,".
3. Labah-labah
Konsep labah-labah terbang ini adalah antara yang paling kreatif. Ia berlaku kepada banyak labah-labah ringan terutamanya labah-labah muda.
Pada dasarnya, haiwan araknid ini telah berkembang untuk melepaskan benang sutera yang "menangkap" angin seperti payung terjun dan menjadikannya terbang di udara, seperti layang-layang.
Ini adalah kaedah luaran yang sangat hebat dan unik.
Walaupun kebanyakan perjalanan ini agak pendek, namun ada yang diketahui menempuh perjalanan beratus-ratus kilometer.
Haiwan ini akan memanjat tinggi dan "menangkap" angin menggunakan helaian sutera yang dihasilkan.
Tujuannya adalah untuk berpindah di antara lokasi walaupun jumlah yang terkorbannya sangat tinggi.
Terdapat satu kisah popular dari Australia iaitu Southern Tablelands pada tahun 2015 apabila berjuta-juta labah-labah berpindah dengan cara ini secara besar-besaran, meninggalkan helaian sutera ini kelihatan seperti salji turun.
2. Sotong terbang
Kelihatan agak pelik bagi haiwan laut untuk terbang, namun bagi sesetengah daripada spesis Ommastrephidae, ia mampu berbuat demikian.
Jenis yang paling biasa ditemui di perairan Jepun.
Para penyelidik Jepun mendakwa bahawa sotong ini boleh meluncur sehingga 30 meter dan pada kelajuan 11.2 meter sesaat atau 40 kilometer sejam.
Kelajuan ini adalah sama dengan kelajuan pecutan Usain Bolt dalam acara 100 meter.
Laporan penyelidik Jepun juga menyatakan: "Kami mendapati bahawa sotong ini bukan sahaja melompat keluar dari air tetapi memiliki postur terbang yang sangat maju."
Secara teknikalnya, sotong-sotong ini meluncur keluar dari air, dan bukannya terbang, menggunakan pendorong sebelum menyebarkan dan memanjangkan sirip serta lengan ke kedudukan menegak yang menjadikannya mudah dibawa ke udara.
Secara teorinya, tujuan haiwan laut ini bertindak sedemikian adalah untuk mengelak dari pemangsa.
1. Ikan pari Mobula
Tak banyak yang diketahui tentang ikan pari ini, yang mana dikenali sebagai "ikan pari syaitan". Namun, ikan ini terkenal kerana perutnya.
Para saintis kadang-kadang menyebutnya sebagai akrobat lautan. Ikan ini kelihatan seperti kebanyakan ikan pari, dengan sirip seperti sayap besar.
Ia merupakan perenang yang hebat biasanya dalam kumpulan dan menggunakan kekuatan ini untuk melonjakkan diri keluar dari air, biasanya berpusing di udara sebelum menjatuhkan diri ke dalam air.
Biasanya ia hanya mampu terbang sekitar 2 meter dari air, jadi ia bukanlah penerbangan penuh. Ini adalah salah satu tindakan yang masih belum dapat dijelaskan dengan sepenuhnya oleh saintis, namun terdapat satu teori mengatakan bahawa ia adalah cara untuk menarik perhatian dalam kumpulan dan pasangan.
Ikan jantan biasanya melakukan terbangan ini, kadang-kala disertai oleh betina.
Rujukan:
2. Phys
3. Bbc