Sewaktu melaksanakan rondaan atau opearsi, setiap anggota bertanggungjawab untuk memastikan bahawa kelengkapan dan perlatan yang dibawa adalah mencukupi dan bersesuaian dengan operasi yang bakal dilaksanakan.
Arahan ketat dalam organisasi 69 Komando melarang mana-mana anggota dari meminjam apa jua peralatan dari anggota lain ketika beroperasi di kawasan medan jika ianya adalah akibat daripada kecuaian atau alasan terlupa membawa kelengkapa tersebut.
BESARKAN TEKS A- A+
Setiap askar membawa kelengkapan ini di dalam "webbing" yang disangkut pada pinggang dan bahu, antaranya adalah:
- Empat kelopak dengan 120 butir peluru
- Bom tangan mini atau PRB
- Dua botol air dengan cawan aluminium
- Grened asap (jika perlu)
- Penanda berwarna
- Kain balutan luka - dibungkus dalam plastik dan dililit dengan pita agar menjadi kalis air
- Kodein/Aspirin, krim antiseptik, vitamin, pil penawar, air minum, krim/sapuan pencegahan gigitan serangga
- Catuan kecemasan termasuk makanan untuk 48 jam, lilin pembakar, heksamin, mancis
- Pisau serbaguna
- Lampu suluh kecil
- Alat pencuci senjata
- Kain perca berwarna untuk menanda topi
- Cermin isyarat kecemasan
- Pewarna samaran
Setiap anggota perlu membawa keperluan berikut bersama di badan masing-masing:
- Buku nota kecil bersama pensel
- Peta kawasan operasi dan protektor
- Jam tangan - digantungkan pada leher atau lengan, perlu dilindungi sebilang masa dari terdedah
- Raifal individu dengan perkakas pencuci
- Pembalut luka dalam bekas kalis air
Memandangkan bidang tugasan operasi yang dikhususkan untuk enam anggota patrol 69 Komando, tidak ada ruang untuk membawa kelengkapan berat atau berlebihan.
Namun dalam keadaan terntenu mengikut kehendak dan kesesuaian jenis operasi, beberapa jenis kelengkapan dan perkakasan lain perlu dibawa bersama. Ini mungkin termasuk:
- Bateri tambahan untuk radio semboyan patrol
- Pek perubatan khusus yang dibawa oleh anggota perubatan
- Penyodok boleh lipat
- Teropong
- Tiga peruk api "Claymore" bagi setiap unit patrol
- Peralatan jerangkap samar yang mengandungi:
- Enam suis jerangkap samar
- 12 bateri saiz kecil
- Dua meter wayar elektrik hitam/merah
- Enam peletup elektrik
- 1.36 kg bahan letupan jenis PE
- Dua ragum pengimpit
- Beberapa jenis bahan leteupan yang mempunyai sifat berbeza mengikut keperluan
- Kamera
Setiap anggota turut sama membawa sebuah beg galas untuk tugas rondaan hutan.
Beg yang diberikan oleh PDRM adalah berwarna hijau namun lazimnya ia akan dicat semula menggunakan cat kalis air komersial dengan tambahan dua warna iaitu perang dan hitam.
Ia bukan sahaja bakal memberikan warna celoreng pada beg tersebut tetapi juga menjadikannya memiliki sifat kalis air yang agak baik.
Bahagian kompartmen paling besar dalam beg galas ini mengandungi satu lagi beg plastik kalis air besar bagi memastikan bahawa pakaian yang dibawa sentiasa kering.
Beg galas patrol individu mengandungi:
- Pakaian tambahan
- Catuan
- Poncho (baju hujan)
- Hammock (tempat tidur gantung)
- Kasut getah yang biasa dipakai oleh gerila MNLA atau penoreh getah
- Pakaian awam lama
- Pisau serbaguna atau golok
- Gergaji boleh lipat
Kredit :
1. Piju Piju
3. Biografi Komando 69 Oleh Muhammad Fuad Mat Noor