Oleh pada 26 May 2022 kategori

Membeli kereta di Malaysia bukan satu perkara mudah. Harga tinggi memaksa ramai berhutang bukanlah satu keputusan yang boleh dibuat terburu-buru.

Bagi sesetengah individu atau keluarga kurang berkemampuan tetapi mahu kenderaan baru, pembelian model bajet dengan spesifikasi paling rendah (serta gear manual!) menjadi pilihan.

Namun ada kalanya model-model bajet ini terlalu 'kosong', mengabaikan peralatan asas yang perlu ada. Berdasarkan pengalaman penulis memandu, ada lima peralatan asas seharusnya diwajibkan dipasang pada semua kenderaan tak kiralah yang paling cap ayam sekalipun.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Berikut adalah lima yang penulis rasa perlu. Anda ada cadangan lain?

1. Filem tingkap solar dan sekuriti

tinted kereta sekuriti peralatan wajib

Sampai bila pengedar kenderaan nak terus beri 'free gift' baucer pemasangan filem penapis haba kepada pembeli? Kenapa tak dijadikan saja aksesori ini standard, terus dari kilang?

Kita di Malaysia biasanya memandu dalam keadaan suhu 33 darjah celcius ke atas pada waktu siang. Kalau hujan, barulah rasa lega sikit. Pemasangan filem standard dari kilang yang ada tidak memadai untuk cuaca di Malaysia. Kita perlukan filem penapis yang lebih kuat kesannya.

Memang ada pengeluar kereta yang meletakkan filem penapis haba serta sekuriti sebagai aksesori tambahan, namun kebiasaannya dihadkan hanya kepada model berspefikasi tertinggi.

Yang bawah-bawah, dapatlah baucer untuk tinted kat kedai. Gi tanya kedai pula, baucer ada banyak pantang larangnya sebelum boleh ditebus. Langsung tak menarik tawarannya.

2. Perakam video kamera

dashcam standard peralatan wajib

Untuk sesetengah model baru, pemasangan perakam video kamera sudah menjadi salah satu pilihan yang ada - namun seperti biasa tetap hanya untuk yang memilih spesifikasi tertinggi.

Bagi pembeli model bajet, satu-satunya pilihan yang ada adalah dengan melakukan pemasangan secara pihak ketiga.

Dengan perubahan undang-undang di mana rakaman video sudah boleh diterima sebagai bahan bukti sekiranya berlaku insiden atas jalan raya - kenapa pemasangan aksesori ini tidak dijadikan standard setiap model?

Kita tahu dengan adanya mata-mata yang memerhati atas jalan raya ini bukan saja membantu merekodkan insiden, bahkan kita juga turut sama lebih prihatin sebagai pemandu kerana tahu kita direkodkan.

Harganya jika dibeli sekitar RM150 ke RM300. Seandainya dipasang terus dari kilang, kami yakin harganya akan jatuh lebih murah untuk setiap unit.

3. ABS dan EBD

kelengkapan alatan kereta yang sepatutnya diwajibkan rakyat malaysia

Sistem Anti Lock Braking System (ABS atau Sistem Brek Anti Terkunci) dan Electronic Brakeforce Distribution (EBD atau Sistem Pengimbang Sebaran Brek Elektronik) adalah dua pembantu yang sepatutnya sudah standard dalam semua kenderaan.

Kedua-duanya saling berkait membantu membaca gerakan dan gelinciran tayar, membantu pemberhentian kenderaan agar berlaku secara seimbang dan lebih selamat, dalam saat-saat kecemasan.

Tanpa sistem ini, sesuatu kenderaan mudah tergelincir dan terbabas sekiranya dihentikan secara mengejut.

Kita semua tahu punca utama ABS dan EBD tidak dipasang pada kebanyakan model kereta paling berspefikasi rendah, adakah disebabkan kekangan kos.

Namun sekiranya kerajaan Malaysia mewajibkan semua kenderaan baru dipasang dengan sistem ini, adakah perubahan itu membantu menurunkan kos yang perlu ditanggung oleh pembeli?

4. Pengesan undur

parking sensors aksesori peralatan standard wajib

Anda percaya tak dalam tahun 2022 masih ada model kenderaan yang dijual di negara kita tidak dipasang dengan sensor pengesan undur?

Ya, masih ada. Tak nak kami sebutkan model mana satu. Kenapa kami rasakan pengesan undur ini perlu jadi wajib?

Ini disebabkan trend rekaan cermin belakang kenderaan kereta moden yang direka agak meminimakan pandangan belakang pemandu; sama ada disebabkan kerangka yang terlalu tinggi atau saiz cermin yang kurang luas. Ada sesetengah kereta sampai tak nampak apa-apa lah belakangnya hanya kerana gaya.

Peraturan kita sekarang turut mewajibkan ibu bapa memasang kerusi kanak-kanak dan bayi yang mengganggu pemandangan ke belakang.

Sensor undur sangat-sangat membantu pemandu menganggar jarak dengan selamat. Mesti ramai dah pernah terlanggar pasu bunga atau bahu jalan, kerana tak nampak apa ada di belakang.

5. Lampu bonet kereta

lampu bonet kereta lamp boot wajib askesori standard

Mungkin anda akan ketawa melihat item terakhir dalam senarai ini.

Hanya mereka yang hidup dengan kereta tanpa lampu bonet faham betapa susah nak menguruskan bagasi dan barangan di waktu malam gelap.

Memang kita boleh pegang saja lampu suluh atau pasangkan sendiri lampu LED yang ditampalkan ke dalam bonet, namun kedua-dua solusi itu kurang elegan berbanding lampu dipasang sebagai standard, bila dibuka menyala sendiri.

Lagipun, bukan semua tempat ada lampu jalan yang mampu menerangi pemandangan.

Cuba tayar kenderaan kita pancit ketika jalan gelap dan kita perlu mengeluarkan tayar simpanan dari bonet kereta. Menggagaulah kita dalam gelap kalau kita tak ada lampu untuk membantu kita melihat.




Hakcipta iluminasi.com (2017)