Muzik boleh dikatakan antara salah satu perkara yang penting dalam hidup kita sebagai manusia. Banyak fungsi muzik yang memberikan manfaat kepada kita dan yang paling utamanya adalah sebagai terapi minda.

Muzik melalui lagu mampu membuatkan seseorang yang sedih menjadi bersemangat dan melupakan masalah buat seketika. Ia juga mampu mengubat hati yang luka dan membuatkan senyuman terukir. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Malah, terdapat sesetengah lagu yang mampu menaikkan semangat seseorang kepada tahap yang lebih baik. Jadi iluminasi.com ingin berkongsi dengan anda 6 lagu yang mampu menaikkan semangat menurut kajian oleh Dr. Jacob Jolij, seorang saintis neurologi kognitif dari Universiti Gronigen, Belanda.

1. Dancing Queen - Abba

Apabila anda mendengar lagu ini, pasti anda berasa seperti hendak menari kan? Lagu retro yang berusia 42 tahun ini mampu membuatkan anda berasa tenang dan gembira. Dancing Queen merupakan lagu pop Eropah yang dihasilkan oleh sebuah band Sweden terkenal iaitu ABBA.

Ia ditulis oleh Benny Andersson, Bjorn Ulvaeus dan Stig Anderson dan dikeluarkan pada 15 Ogos 1976.

2. Uptown Girl - Billy Joel

Antara lagu yang paling popular di dunia adalah Uptown Girl, yang membuatkan anda menggoyangkan kepala dan mampu menaikkan mood seseorang. Lagu ini pernah dipopularkan oleh kumpulan Westlife, namun ia bukanlah lagu asal mereka. 

Lagu ini ditulis dan dinyanyikan oleh pemuzik terkenal Amerika, Billy Joel yang dilancarkan pada 29 September 1983 dalam albu ke-9 iaitu An Innocent Man. Memang benar lagu ini mampu membuatkan seseorang itu tersenyum.

3. Eye of the Tiger - Survivor

Jika lagu-lagu dalam senarai ini membuatkan anda berasa ingin menari dan menggoyangkan kepala, lain pula kesan daripada lagu ini. Hanya dengan mendengar intro lagu daripada kumpulan Surviror ini sahaja mampu membuatkan anda menumbuk-numbuk seolah-olah anda sedang bertinju.

Lagu ini sangat popular kerana menjadi lagu tema filem Rocky III dan dijadikan sebagai penaik semangat dalam pelbagai acara termasuklah sukan terutamanya tinju. Muzik dan liriknya yang sangat positif dan berkenaan dengan survivall memberikan satu aura yang lain daripada yang lain.

4. Livin' on a Prayer - Bon Jovi

Siapa tak kenal Bon Jovi kan? Antara band paling terkenal di dunia satu ketika dahulu. Lagu yang dihasilkan oleh band ini pada tahun 1986 melalui album ke-3 mereka iaitu Slippery When Wet ini ditulis oleh Jon Bon Jovi, Richie Sambora dan Desmond Child.

Ia berada di kedudukan pertama carta Rock Mainstream Billboard dan lagu kedua Bon Jovi di No.1 Billboeard Hot 100. Ia menjadi lagu kegemaran bagi mereka yang bekerja di limbungan kapal, di restoran dan mereka yang sedang bersedih.

5. I Will Survive - Gloria Gaynor

Tajuknya sahaja sudah mampu memberikan semangat, apatah lagi lagunya. Lagu terkenal ini dinyanyikan oleh Gloria Gaynor yang dikeluarkan pada Oktober 1978. Ia terjual sebanyak 14 juta salinan di seluruh dunia dan masih kekal sebagai lagu popular di kelab-kelab.

Liriknya yang bersahaja dan memberikan semangat sangat sesuai bagi mereka yang putus cinta atau putus harapan untuk hidup. Ia menceritakan tentang ketakutan hidup tanpa pasangan yang telah hilang, namun mampu mengatasi dan berjaya meneruskan hidup.

6. We Will Rock You - Queen

Bagi sesiapa yang tak rasa bersemangat atau gembira mendengar lagu ini, anda mempunyai masalah besar!. Lagu We Will Rock You dendangan kumpulan Queen ini dikeluarkan dalam album mereka pada tahun 1977, News of the World.

Pada tahun 2004, lagu ini disenaraikan di kedudukan 330 dalam "500 Lagu Terbaik Sepanjang Zaman" oleh majalah Rolling Stones, dan berada di tangga 146 dalam senarai Lagu Abad Ini pada tahun 2001.

Rujukan:

1. Jolij

2. Telegraph




Hakcipta iluminasi.com (2017)