Kredit foto: Instagram Gegar Vaganza

Konsert minggu kedua Gegar Vaganza musim keempat (GV4) menyaksikan penyanyi Liza Hanim mengungguli persaingan dengan markah tertinggi sebanyak 83.8 %.

Manakala nasib tidak menyebelahi Ferhad yang tersingkir di hujung konsert bertemakan ‘Sekali Dengar Terus Melekat’ itu.

Sementara itu, tuah sekali lagi berpihak kepada Elyana apabila meraih Anugerah Gelora Vida Vaganza buat kali kedua bagi kategori Lagu Paling Kau Ingati - menerusi persembahan lagu Masih Cinta, nyanyian asal kumpulan Kotak.

Pemilihan juara kategori itu dibuat berdasarkan peserta menyerlah yang menerima tanda suka paling banyak di laman Instagram Datuk Vida selaku penaja program berkenaan.

Anugerah itu melayakkan Elyana membawa pulang hadiah istimewa daripada Datuk Vida.

Tidak ketinggalan, penyanyi Aishah dipilih sebagai penerima Anugerah Digi Star of The Week sekaligus memenangi eGiftCard Go Shop bernilai RM 1,000 serta diberi kuasa untuk menentukan giliran persembahannya minggu ini.

Penilaian keseluruhan dibuat oleh juri profesional yang terdiri daripada dua juri tetap, pengarah muzik Datuk Ramli MS dan penyanyi Hetty Koes Endang, bersama juri undangan, Datuk Jalaluddin Hassan.

Berikut kami kongsikan imbas kembali komen juri malam konsert.

1. Liza Hanim - Aku Hanya Pendatang

“Saya tetap suka lagu itu walaupun dinyanyikan oleh Liza Hanim. Ibu Hetty, Tok Ram bagi awak ‘standing ovation’. Awak memukau saya,” - Datuk Jalal.

2. Haida - Gubahan Rindu Puisi Syahdu

“Kuat tenaga kamu, ‘watch out’ kamu punya huruf G. Bila kamu tekan jadi sengau. Tapi kamu punya vokal, nafas ‘improve’ banyak, ‘very good’,” - Datuk Ramli MS.

3. Hazami - Setengah Mati Merindu

“Hazami, bagus! ‘Steady maintain’, suara jelas, sebutan. Saya tahu masa latihan kamu masih belajar dalam masa seminggu. ‘Very good effort’,” - Datuk Ramli MS

4. Syura - Ku Pendam Sebuah Duka

“Satu persembahan yang ‘simple’, berdiri di sana dan lontarkan nyanyian. Yang penting penghayatan anda dapat saya rasai. Saya suka mendengar suara anda. Tetapi saya suka persembahan anda yang ‘simple’ itu,” - Datuk Jalal

5. Aishah - Dingin

“Nak menyanyi ‘key’ yang begitu tinggi, ‘maintain’ dan ‘sustain’ itu agak ‘superb’. Ada orang marah kenapa saya tak bagi ‘standing ovation’ pada awak. ‘For her is nothing for standing ovation, I should bow to her.’ ‘Good job!’ Awak patut ‘maintain’ supaya jadi rujukan untuk penyanyi baru,” - Datuk Ramli MS

6. Tia Jimbara - Lagu Cenderawasih

“Bunda suka dengan suara tinggi kamu, konsisten. Hentam terus, itu yang bagusnya kamu. Karakternya itu biar lebih ‘macho’,” - Hetty Koes Endang

7. Lan Kristal - Karam

“Bunda suka sekali, dengan pengakhirannya. Eyy mengancam! Tembakannya itu mantap sekali. Lan sukses dan berlatih lagi,” - Hetty Koes Endang.

8. Aqasha - Aku

“Lihat awak buat persembahan atas pentas, pakaian yang awak pakai, awak ada ‘style’. ‘I love your style’ dengan cara penghayatan, luahan perasaan. Wow! ‘Your the man’,” - Datuk Jalal

9. Firman Siagian - Rindu Serindu-Rindunya

“Saya biasa dan suka dengan lagu ini. Pada awalnya rasa agak jangal sebab dinyanyikan oleh orang lain. Tapi lama -kelamaan bila korus anda kelihatan bersungguh-sungguh. Sebutan jelas dan saya rasa ibu Hetty juga terhibur,” - Datuk Jalal

10. Elyana - Masih Cinta

“Kamu berbeda dengan minggu lalu, penampilan, cara menyanyi, ekspresi kamu mantap. Cuma huruf diakhiran ‘U’ nya hati-hati sedikit tetapi semuanya mantap”- “Hetty Koes Endang

11. Raja Azura - Apa Yang Kau Cari

“Kalau ada peluang bawa lapan atau sembilan bas perform sakan. Tak akan dapat di tempat lain. Ini peluang kamu, buat apa sahaja pentas ini awak punya,” - Datuk Ramli MS

12. Ferhad - Harus Terpisah

“Lagu ini tidak mudah tapi yang penting kamu sudah berusaha menyanyikan lagu ini dengan cara Ferhad. Sukses,” - Hetty Koes Endang

Konsert GV4 ke udara secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, setiap hari Ahad, jam 9 malam di saluran Astro Ria.

Sumber berita: Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)