Kredit foto: Instagram Gegar Vaganza

Konsert minggu ketiga Gegar Vaganza 4 (GV4) menyaksikan Raja Azura menjadi peserta kedua diumumkan tersingkir.

Pada konsert bertemakan 'Berani Ke Tidak' itu, penyanyi Liza Hanim mengenepikan peserta lain dengan pungutan markah tertinggi sebanyak 83.40%.

Manakala Raja Azura yang berada di kedudukan terbawah terpaksa berpuas hati dengan jumlah markah 61.2%.

Sementara itu, Liza Hanim turut dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Gelora Vida Vaganza bagi kategori 'Lagu Paling Kau Ingat' apabila mempamerkan persembahan cemerlang menerusi Lagu Untukmu nyanyian asal Meet Uncle Hussein.

Anugerah itu berdasarkan jumlah tanda suka di akaun Instagram Datuk Vida selaku penaja GV4.

Tidak ketinggalan, Aishah dianugerahkan Anugerah Digi Star of The Week buat kali kedua sekaligus membawa pulang eGiftCard Go Shop bernilai RM 1,000 serta mendapat peluang untuk menentukan giliran persembahannya minggu ini.

Juri profesional terdiri daripada Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Yusof Haslam selaku juri undangan.

Berikut kami sertakan imbas kembali komen-komen juri malam konsert.

Liza Hanim - Lagu Untukmu

“Kamu boleh mencipta karya vomal kamu, variasi yang besar dia punya idea. Kamu sangat kuat dengan idea. Bukan senang bunda nak bangun. Ini yang patutnya ada kepada semua penyanyi,” - Datuk Ramli MS

Firman Siagian - Zalikha

“Ideanya cemerlang, ini yang selalu bunda bicarakan. Menyanyi itu seperti bicara dan kamu dapat kesemuanya. Hanya sedikit sahaja flat. Tetapi keseluruhan terutama klimaksnya, uiihhh tembaknya mantap! Bagus tapi harus terus belajar, belajar dan belajar, saingan kamu berat,” - Hetty Koes Endang

Lan Kristal - Sayang-Sayang

“Awak bawa dengan ‘style’ sendiri, satu persembahan yang tak mengecewakan dan teruskan perjuangan,” - Datuk Yusof Haslam

Hazami - Joget Kenangan Manis

“Lembut je menyanyi, menari dan yang penting joget adalah keriangan dan ‘story telling’. Kamu menyanyi banyak watak, itu bagus. Cuma ada semput bila menari, dalam pertandingan semua itu diambil kira,” - Datuk Ramli MS

Tia Jimbara - Bila Resah

“Kamu nyanyikannya asyik sekali, ‘groovenya’ dapat. Hanya kenapa ekspresi agak stress? Jangan, rilek sahaja. Okay, sukses Tia Jinbara,” - Hetty Koes Endang

Aishah - Terukir Di Bintang

“‘I like your vocal’, minggu ketiga ni awak sangat konsisten, bila awak ‘more stronger’ yang lain agak kena bekerja keras. ‘You have to be more stronger’,” - Datuk Ramli MS

Syura - Knock Knock

“Lagu ini tak ada ‘traffic light’, nafas kamu sangat bagus. Yang paling saya kagum, kamu seorang penyanyi lagu-lagu tradisional tapi bila bagi lagu yang moden, ‘you can sing’. Teroka lagu-lagu yang lebih beri kamu kemenangan dalam seni kamu,” - Datuk Ramli MS

Haida - Kenangan Bersamamu

“Awak punya ekspresi dan vokal fantastik! Saya terpukau dan awak telah buktikan awak seorang penyanyi yang hebat. Persembahan bagus, kawalan pentas bagus. Tak over, ‘just nice’ dan tahniah,” - Datul Yusof Haslam

Aqasha - Cinta Tak Keruan

“Agak terkejut jugalah sebab ini bukan genre awak. Awak bawa macam dangdut, saya ‘salute’ dia boleh bawa semua jenis lagu. Awak buktikan awak versatile,” - Datuk Yusof Haslam

Elyana - Wulan Merindu

“Kamu ini mempunyai suara yang ‘powerfull’, sebetulnya ini menurut bunda saat di depannya okay. Cuma jangan terlalu ‘force’ kerana ini lagunya manis. Tapi kamu sudah cuba nyanyi yang keluar dari ‘comfort zone’, itu sudah bagus. Tapi bunda senang dengan penampilan kamu,” - Hetty Koes Endang

Raja Azura - Perhaps Perhaps Perhaps

“Ini seperti di Las Vegas seperti ‘broadway’. Kamu menjiwai, kamu bagus sekali, ‘powernya’, manjanya, semua dapat,” - Hetty Koes Endang

Konsert GV4 ke udara secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, setiap hari Ahad, jam 9 malam di saluran Astro Ria.

Sumber berita: Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)