Kredit foto: Instagram Gegar Vaganza
Konsert pertama Gegar Vaganza 4 (GV4) berlangsung dengan meriahnya di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada Ahad.
Di hujung program menyaksikan Aishah mendahului kesebelas peserta lain dengan jumlah markah tertinggi daripada juri profesional iaitu sebanyak 96% menerusi persembahan lagu hitsnya, Janji Manismu.
Manakala Elyana yang mendendangkan Tak Tercapai Akalmu dinobatkan juara 'Anugerah Gelora Vida Vaganza' bagi kategori 'Lagu Paling Diingati', yang mana penilaian berdasarkan undian penonton di laman sosial Instagram penaja utama GV4, Datuk Vida.
Ternyata kehangatan rancangan realiti ini amat dirasai meskipun baru memasuki konsert pertama.
Sehebat mana kemeriahan dirasai penonton di rumah, hebat lagi penangan sebenar di dewan dengan pelbagai 'insiden' yang tak terakam oleh kamera.
Nak tahu perkara-perkara menarik di sebalik kehangatan konsert sulung GV4? Berikut kami kongsikan corat-coret menarik yang ramai tak tahu!
1. Hebat tak hebat penangan Gegar Vaganza 4? Tengok sahaja penonton di dewan.. penuh beb!
2. Sebelum berlangsungnya konsert, Datuk Vida menerima 'hadiah' berupa nyanyian lagu selamat hari jadi daripada pihak produksi dan penonton.
3. Beberapa minit sebelum konsert, tenaga produksi melaksanakan bacaan doa serta nyanyian lagu Negaraku.
4. Nabil betul-betul teruja dengan semangat penonton yang hadir. Pada satu ketika sewaktu siaran iklan, Nabil berkata, ”Dah rasa macam hari raya! Meriah betul konsert ni!”
5. Comel betul Datuk Vida terutamanya apabila diusik juri undangan, Datuk Chef Wan. Tersipu-sipu dia dibuatnya!
6. Ferhad dilihat seperti mempunyai 'habit' menggerak-gerakkan kaki kanannya mengikut rentak lagu yang dinyanyikan sehingga ada di kalangan penonton yang berbisik, “Lihat kaki Ferhad, lihat kaki Ferhad”.
7. Kaki sakat si Nabil Ahmad mengusik Datuk Ramli MS, ”Tok Ram ni macam Incredible Hulk, Incredible Huk Puihh!” lantas disambut ketawa besar Tok Ram dan penonton di dewan.
8. Nabil tidak ketinggalan berkongsi berita buruk yang menimpa dirinya kepada penonton di dewan ketika itu iaitu tentang kehilangan kereta jenis Toyota Vellfire berwarna putih miliknya beberapa jam sebelum konsert berlangsung!
9. Ketika Nabil bercerita tentang berita 'panas' kehilangan keretanya itu, pihak media tanpa berlengah terus mengarang berita ‘on the spot’ tersebut. Fuh.. memang kagum dengan cara media bekerja.
10. Kasihan Vicha yang tersadung sewaktu menuruni tangga pentas GV4. Nasib baik Firman ada untuk menyelamatkannya.
11. Aksi paling comel ketika Hetty Koes Endang mengambil peluang berpelukan dengan Aishah di sidang media. Mereka turut berbual bersama.
Konsert GV4 ke udara setiap Ahad, jam 9 malam di saluran Astro Ria.
Sumber berita: Astro Gempak