Oleh pada 23 Feb 2017 kategori

Sebagai warganegara Malaysia, kita sebenarnya amat beruntung kerana sistem perubatan kita melalui hospital dan klinik, banyak disokong oleh kerajaan kita. Walaupun begitu, jika diteliti perkembangan semasa ekonomi kita, nampak seolah-olah tak mustahil suatu hari nanti akan tiba masanya bila kerajaan sudah tidak mampu lagi menampung kos perubatan kita atas beberapa faktor.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Faktor yang memainkan peranan utama adalah peningkatan jumlah penduduk negara yang kini sudah pun mencecah 32 juta orang. Ini belum lagi mengira faktor kekukuhan ekonomi negara kita, faktor kadar tukaran ringgit dengan negara pembekal ubat-ubatan dan juga faktor kos pengurusan badan perubatan yang akan terus meningkat.

Semua faktor-faktor di atas memainkan peranan yang cukup besar dalam meningkatkan kos perubatan yang pada kita agak kurang membebankan,yang telah pun kita rasai sekian lama.

Keperluan untuk mempunyai insurans individu semakin hari semakin meningkat kerana kos perubatan semakin hari semakin mencanak naiknya. Adakah negara kita akan mengamalkan sistem ObamaCare yang diamalkan di Amerika Syarikat dalam membantu mengawal kos perubatan yang makin tinggi atau kita akan terus menggunakan sistem sedia ada, di mana berlakunya subsidi terus ke atas kos perubatan yang membantu menurunkan kadar caj rawatan?

Adakah anda tahu pada bulan Disember 2016, kerajaan telah mengumumkan kadar baru caj perubatan yang dinaikkan? Demi menjaga kebajikan 1.97 juta pesakit yang menjadi pesakit kelas 3, kerajaan tidak menaikkan caj kelas 3 dan hanya mengolah naik caj untuk kelas 1 dan 2 yang melibatkan hampir 32 ribu orang pesakit seluruh Malaysia.

Apakah kenaikan yang berlaku? Mari kita lihat supaya kita jelas dan faham.

caj hospital naik2

Jika dilihat, kenaikan tersebut sepatutnya tidak membebankan kerana majoriti pesakit atau 98.4% di Hospital Kerajaan tidak terlibat dalam kenaikan. Kenaikan paling banyak melibatkan pesakit kelas 1 dan kelas 2 secara amnya, tetapi kelas 1 mengalami kenaikan lebih berbanding kelas 2.

Jadi, persoalannya, adakah kenaikan ini akan membebankan?

Jawapannya, tidak membebankan kerana jika dibandingkan dengan caj yang dikenakan oleh pihak hospital swasta, caj yang ditunjukkan masih boleh dikatakan munasabah untuk seluruh warganegara walaupun dia memilih untuk wad kelas 1. Untuk bersalin secara bedah atau c-section sekalipun, amaun RM1200 (tidak termasuk caj wad) yang dikenakan amat berpatutan jika dibandingkan dengan caj hospital swasta yang mungkin mencecah RM10 ribu ringgit.




Hakcipta iluminasi.com (2017)