Sumber foto: Instagram.com/ikanabella
Pelakon Ika Nabella mendedahkan sebuah perbualan seorang wanita menerusi Instagramnya yang cuba dikatakan cuba menyerangnya dengan menghamburkan kata-kata kesat selain mengugut untuk mendedahkan perbualan tersebut.
Oh ! Rupanya that maroon tudung makcik yg maki hamun I kt KLIA ada DM I on IG . Sorry makcik! I was too busy counting my blessing sampai tak sempat nk buka DM nk layan suami tercinta lg ... 🙈
Makcik kenapa you marah sgt ni sampai ke IG you cari I ? You nk glamour ke mak cik ? Tak cukup ke you terpekik pekik maki hamun org kt KLIA sampai suami & anak kena tenangkan you? dlm flight siap bukak tudung sampai masam hamis satu flight dek kerana rambut you yang ergh heheh you knw better . You nak ape lg ni ?? Nak viral ke ...? Makcik . Look . I kesian dekat you .You look unhappy but it's your choice tau makcik you're too negative . Jgnlah cari2 I sebab I tak sudi nk berkawan dgn you apatah bermusuh .... tak suka la cat fight ni . Dekat you pun I tak suka 🤣
Bukan shj itu ada juga askar2 upahan lah kot or maybe org2 yg nk kongsi glamour makcik ni comments & DM I ! What the heck ? Funneeeehhhhh
Sumber: Instagram.com/ikanabella
Insiden tersebut difahamkan berpunca daripada sebuah kejadian dimana pelakon berusia 28 tahun itu dituduh melanggar seorang wanita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) pada Isnin lepas. Selepas itu, wanita berkenaan secara tiba-tiba mengamuk dan bertindak di luar kawalan dengan memaki hamunnya di depan orang ramai.
Kami dari Surabaya menaiki penerbangan yang sama. Bila sampai di KLIA 2 kira-kira pukul 2.30 pagi, makcik itu dan seorang lagi rakannya menghalang pengguna eskalator yang ingin berjalan cepat.
Jadi saya minta izin agar mereka beri laluan kepada kami sekeluarga, namun dia tidak berganjak, jadi saya terpaksa lalu di tengah-tengah mereka yang berdiri untuk meneruskan perjalanan.
Namun, dia iba-tiba naik marah kerana katanya saya telah melanggar dia. Dia suruh saya minta maaf kepadanya selain mengeluarklan perkataan-perkataan kesat dan nada tinggi.
Ika mengatakan yang dia tidak mahu memanjangkan cerita dan membuat keputusan untuk meneruskan perjalanan sehingga mereka berjumpa buat kali kedua di kaunter pemeriksaan Imigresen. Lebih mengejutkan, kali ini wanita tersebut menghampirinya sambil memakinya serta menunjukkan isyarat 'jari tengah'.
Cemas juga bila dia tiba-tiba datang ke arah saya dan menjerit-jerit seperti orang hilang pertimbangan. Mujurlah suami dan anaknya dapat menghalang dan minta dia bersabar.
Suami makcik itu juga sempat meminta maaf kepada suami saya atas tindakan memalukan isterinya itu.
Berhubung tindakan memuat naik paparan skrin perbualan mesej peribadi tersebut, Ika menjelaskan kewajaran perkara itu malah menyuruh wanita tersebut mencari bukti sekiranya dia benar-benar melakukan tuduhan tersebut.
Rupa-rupanya dia cari akaun Instagram saya untuk melepaskan kemarahannya yang tidak habis itu. Dia menulis mesej peribadi kepada saya dengan kata-kata provokasi.
Dia juga mahu menyebarkan perkara itu kepada umum, namun sebelum dia sebarkan biar saya sebarkan dahulu kerana saya yakin dia yang mahu popular.
Kalau dia betul-betul rasa saya bersalah dan mahu memalukan saya, dia boleh tengok balik rakaman CCTV di lapangan terbang itu. Bukanlah dengan cara memalukan orang seperti itu
Kredit foto: Instagram.com/ikanabella
Sumber berita: mStar Online