Needa Abdullah, wanita yang didakwa menyerang Ika Nabella di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) pada Isnin lepas akhirnya membuat keputusan untuk membuat laporan polis terhadap pelakon itu yang cuba merosakkan reputasinya dengan sengaja.
Saya sebenarnya malas hendak memanjangkan perkara ini tetapi nampaknya dia berterusan memburuk-burukkan saya dan memutar-belit situasi sebenar sehingga memberi kenyataan tidak benar kepada media.
Sebab itu saya nekad hendak buat laporan polis terhadapnya dan jika dia masih bersikap melampau saya tidak teragak-agak failkan saman malu pula .
Saya tidak mempunyai masalah untuk menonton kembali rakaman CCTV kerana ia dapat menjelaskan situasi sebenar dan bukannya seperti apa dia dakwa .
Menjelaskan situasi sebenar yang berlaku, Needa berkata dia tidak pernah memaki hamun seperti yang didakwa pelakon itu, sebaliknya hanya menegur sikapnya yang merempuh dirinya serta rakan-rakan secara tiba-tiba di tengah-tengah sewaktu menggunakan eskalator.
Bagaimanapun, niatnya untuk mendiamkan diri terbantut apabila Needa sekali lagi bertemu Ika sewaktu menunggu bagasi dan memohonnya supaya membuat permohonan maaf.
Saya cuma pergi ke tempat pungut bagasi, berdiri depan dia dan cakap kepadanya, lain kali kalau terlanggar orang cubalah minta maaf dalam nada biasa namun dia sebenarnya 'naik hantu' apabila ditegur sebegitu.
Dia membalas, "oh you tau you dan kawan you besar sangat so saya tak ada ruang nak lalu", pada saya itu adalah respons yang bongkak dan sangat biadap. Dia memang sengaja provoke saya.
Dia kata kepada saya, saya bukan ibunya dan siapa saya untuk menyuruhnya meminta maaf dan panggil saya perempuan murahan!
Siapa yang tidak marah apabila dipanggil seperti itu tetapi tidaklah sampai saya terjerit-jerit macam orang hilang akal seperti yang digambarkan oleh Ika .
Selain itu, Needa juga turut menafikan kononnya suaminya meminta maaf kepada suami Ika atas insiden berkenaan selain tidak berniat untuk menyerangnya di Instagram seperti yang didakwa.
Suami dan anak saya pada masa itu datang pada saya dan mereka suruh beredar dari situ. Tiada siapa pun yang memohon maaf .
Selepas anak beritahu, saya buat carian di Google dan ada pautan ke Instagramnya dan itu yang saya mesej dia beritahu rupa-rupanya dia artis dan bukan niat saya memanjangkan cerita atau menyerangnya
Sumber berita & foto: mStar Online