Anda mungkin sudah biasa mendengar orang yang melakukan pembedahan kosmetik untuk mendapatkan hidung, dagu, pipi, atau mata yang mereka idamkan. Namun, satu hospital ini menawarkan sesuatu yang lebih daripada itu.

Baru-baru ini, sebuah hospital di Bangkok, Thailand, bernama Masterpiece Hospital menjadi tular kerana menawarkan prosedur pembedahan plastik yang boleh memberikan pelanggan mereka "six pack" segera tanpa berasa sakit.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Ramai ahli bina badan memberitahu bahawa sangat sukar untuk mendapatkan six pack pada bahagian perut. Anda mungkin akan berjaya jika melakukan senaman yang betul dengan konsisten.

masterpiece hospital di bangkok 128

Bagi sesetengah orang pula, mendapatkan six pack dilihat hampir mustahil. Tidak kira berapa banyak senaman yang dilakukan, lapisan lemak pada perut seakan-akan sukar untuk hilang membuatkan otot-otot perut yang berkembang masih tersembunyi di bawahnya.

Pakar-pakar bedah di Masterpiece Hospital mendakwa mereka dapat membantu golongan yang menghadapi masalah ini. Dengan melakukan prosedur yang disebut abdomen etching, mereka dapat membuatkan six pack pelanggan kelihatan. Prosedur yang dilakukan mereka tidak melibatkan implan plastik atau silikon.

dr raweewat maschamadol

Dr Raweewat Maschamadol

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif hospital itu, Dr. Raweewat Maschamadol, mereka tidak melakukan implan plastik atau silikon six pack kerana ia tidak cantik dan tidak bertahan lama.

Menurut ketua pengkaji di University of Miami, Tarik M. Husin, kaedah ini melibatkan penyedutan lemak di bahagian tertentu di perut dan mampu membuatkan six pack pelanggan kelihatan lebih semula jadi dan tahan lama.

prosedur six pack segera

Raweewat menambah, mereka telah melakukan prosedur ini selama hampir empat tahun sekarang dan menerima sehingga 20 hingga 30 orang pelanggan yang ingin memiliki six pack segera dalam sebulan.

Prosedur abdominal etching ini melibatkan kaedah menyedut lemak (liposuction) di sekitar bahagian perut pelanggan supaya six pack mereka kelihatan lebih menonjol. Ia bukanlah satu teknik yang baru kerana mula-mula dilakukan oleh seorang pakar bedah Amerika pada tahun 1990-an.

pelanggan selepas melakukan pembedahan six pack segera

Dr. Raweewat mendakwa bahawa dia telah pergi ke luar negara untuk mempelajari beberapa prosedur yang berbeza dan mengembangkan tekniknya sendiri. Dia juga meyakinkan bahawa pembedahan yang memakan masa antara dua hingga empat jam itu juga tidak berbahaya atau menyakitkan.

Mendapatkan six pack segera boleh dikatakan menjadi impian semua orang tetapi ia mungkin tidak berfungsi pada sebahagian orang lain. Anda sebenarnya memerlukan otot-otot perut yang baik dengan melakukan senaman supaya pembedahan yang dilakukan berfungsi seperti diharapkan.

Dr. Raweewat memberitahu bahawa, kira-kira 90 peratus daripada pelanggan yang datang adalah mereka yang gemar melakukan senaman dan sering ke gym tetapi sukar mendapatkan six pack walaupun sudah berusaha keras.

ome pangpaparn

Ome Pangpaparn

Prosedur abdominal etching yang dilakukan Masterpiece Hospital telah menjadi tular di Thailand setelah seorang model lelaki, Ome Pangpaparn, melakukan pembedahan six pack segera di situ dan memuat naik gambarnya di laman sosial.

Pangpaparn telah berusaha untuk mendapatkan six pack dengan cara biasa tetapi gagal untuk menyingkirkan lemak yang masih menutup otot perutnya. Dia akhirnya memilih untuk menjalani pembedahan di Masterpiece Hospital.

Pangpaparn yakin pilihannya untuk mendapatkan six pack segera itu adalah pilihan yang betul setelah gagal walaupun melakukan senaman dengan cara yang teratur. Dia percaya pembedahan itu adalah salah satu usaha untuk mendapatkan perut yang ideal selain senaman.

ome pangpaparn waktu muda 642

Ome Pangpaparn sewaktu muda

Sebenarnya, ini bukanlah kali pertama Pangpaparn melakukan pembedahan seperti ini. Dia telah banyak kali melakukan pembedahan plastik dan pembedahan kosmetik supaya kelihatan tampan. Anda pasti terkejut melihat muka asal Pangpaparn seperti yang ditunjukkannya dalam foto di atas.

Prosedur abdominal etching ini sebenarnya tidak ekslusif untuk Masterpiece Hospital di Thailand sahaja. Ia dijalankan oleh pakar-pakar bedah plastik lain di seluruh dunia. Menurut satu kajian, sebenarnya prosedur ini masih mempunyai sedikit risiko.

six pack segera

Kira-kira satu daripada 10 pesakit yang melakukan pembedahan ini mengalami masalah cecair dalam terkumpul dalam kulit yang disebut sebagai seroma. Keadaan ini memerlukan cecair lebihan itu dikeluarkan. Manakala kira-kira satu per lima pesakit pula akan mengalami komplikasi seperti garisan otot perut yang terlebih tegang.

Rujukan:

1. Pembedahan mendapatkan six pack segera

2. Hospital di Thailand tawarkan pembedahan six pack segera

3. Pembedahan tanpa sakit untuk mendapatkan perut yang ideal




Hakcipta iluminasi.com (2017)