Anda cuma ada sepasang saja mata yang Allah kurniakan. Kalau jadi apa-apa pada mata anda, nak ganti dengan apa?

Sekiranya anda seorang pemakai contact lensyang tegar, anda perlu berhati-hati dengan penjagaan kanta lekap dan mata anda. Kegagalan anda mengamalkan tabiat pemakaian kanta lekap dengan selamat boleh mengakibatkan mata anda dijangkiti kuman. Kalau jangkitan tu terlalu serius, anda berisiko hilang penglihatan!

Berikut saranan dan panduan yang diberikan oleh CDC Amerika untuk semua pengguna kanta lekap:

BESARKAN TEKS     A-  A+

#1 Tabiat anda

Basuh tangan dengan bersih sebelum memegang kanta lekap. Ikuti panduan ini untuk mengetahui langkah yang betul membersihkan tangan.

Selepas mencuci tangan, pastikan anda lap tangan dengan kering sebelum memegang kanta. Ini kerana mikrob yang menyebabkan jangkitan mata boleh dijumpai dalam air.

Jangan tidur sambil memakai kanta lekap, melainkan atas saranan pakar mata. Kajian mendapati apabila anda tidur dengan kanta lekap, risiko mendapat jangkitan kornea dipanggil microbial keratitis menjadi 6-8 kali lebih tinggi. Kanta lekap dengan teknologi baru yang dikatakan boleh dipakai dengan tempoh yang lebih lama juga mempunyai risiko yang sama.

Elakkan kanta lekap daripada terkena air. Ini kerana kanta lekap juga merupakan faktor kepada jangkitan acanthamoeba keratitis di mana ia disebabkan oleh ameba yang tinggal dalam air. Walaupun jangkitan ini agak jarang dijumpai, namun elakkan mandi, berendam atau berenang menggunakan kanta lekap.

gosok kanta lekap dengan larutan dan jari yang bersih perlahan lahan untuk mencuci

#2 Kanta lekap anda

Cuci dan gosok kanta lekap menggunakan larutan serbaguna apabila ditanggalkan. JANGAN GUNA AIR BIASA ATAU AIR LIUR. Anda juga mesti menggosok kanta lekap dengan jari yang bersih kerana merendam sahaja tidak menyingkirkan bakteria yang melekat pada kanta lekap.

Jangan rendam kanta lekap dalam air. Ini atas sebab yang sama disebut sebelum ini iaitu risiko jangkitan acanthamoeba keratitis.

Buang kanta lekap dan gantikan dengan yang baru mengikut tempoh yang disarankan oleh pakar mata anda. Walaupun belum ada kajian menyeluruh mengenai risiko tidak menggantikan kanta lekap ini, namun tinjaun yang dibuat mendapati individu yang tidak mengikut jadual penggantian kanta lekap melaporkan mengalami komplikasi, mata menjadi kabur dan ketidakselesaan.

kalau dah begini rupa bekas kanta lekap mohon buang cepat cepat

#3 Bekas kanta lekap anda

Cuci dan gosok bekas kanta lekap menggunakan larutan serbaguna, sama seperti anda mencuci kanta lekap. Ini kerana terdapat satu lapisan lutsinar pada bekas yang dipanggil biofilem dan kajian mendapatiia boleh menjaditempat pembiakan kuman mikroskopik yang menyebabkan jangkitan mata.

Menurut Persatuan Optometrik Amerika, anda perlu menggantikan bekas kanta lekap setiap tiga bulan.

guna larutan yang sesuai dengan jenis kanta lekap dan mata anda

#4 Larutan kanta lekap

Jangan 'top up' larutan dengan mencampurkan larutan lama dan larutan baru di dalam bekas kanta lekap. Ini kerana larutan yang sudah terendam dalam bekas itu berisiko dijangkiti kuman daripada bekas dan kanta lekap itu sendiri. Lapisan biofilem dalam bekas membuatkan larutan kurang berkesan dalam membunuh kuman. Jadi, sentiasa guna larutan yang baru untuk menyimpan kanta lekap ya. Jangan nak jimat-jimat sangat.

Hanya gunakan larutan yang disyorkan oleh doktor mata anda. Seorang pakar optometri akan membuat cadangan berdasarkan mata pesakit dan latar belakang perubatannya. Ini kerana ada kemungkinan mata anda atau kanta lekap yang dibeli tidak sesuai dengan sesuatu bahan dalam larutan itu.

Sekiranya anda menukar jenama atau jenis larutan, pastikan anda baca terlebih dahulu panduan dan sisipan yang disertakan bersama produk sebelum digunakan.

pakar optometri boleh memberi nasihat yang tepat untuk kanta lekap anda 711

Sekiranya anda seorang yang rabun, jangan lupa bawa cermin mata anda ke mana saja anda pergi sebagai back up plan.




Hakcipta iluminasi.com (2017)