Trend memakai kanta lekap bermula beberapa tahun lalu sehinggakan ia dijual merata-rata termasuklah online. Permintaan yang tinggi membuatkan ianya menjadi sangat popular sehinggakan artis seperti Neelofa pun menjualnya. Penggunaan kanta lekap sebenarnya adalah sebagai alternatif kepada kaca mata, namun ia dijadikan sebagai aksesori untuk membuatkan mata kelihatan berwarna lain, lebih-lebih lagi bagi wanita.
BESARKAN TEKS A- A+
Katarak
Namun, dalam keghairahan memakai kanta lekap, ramai yang mengendahkan risiko bahaya yang boleh disebabkan oleh kanta lekap. Menurut British Medical Journal, sebanyak 27 kanta lekap telah dijumpai oleh seorang doktor dalam mata seorang pesakit ketika pesakit itu dipersiapkan untuk menjalani pembedahan.
Doktor Rupal Morjaria menjumpai kanta-kanta lekap itu terlekat bersama-sama antara satu sama lain di dalam mata dan pesakit itu sendiri tidak sedar akan perkara itu. Beliau membuat keputusan untuk menerbitkan kes tersebut kerana ramai doktor yang beranggapan ia mustahil bagi seseorang untuk mempunyai sebegitu banyak kanta lekap di dalam mata tanpa menyedarinya.
Gambar hiasan
Pesakit tersebut telah menggunakan kanta lekap selama 35 tahun dan jarang berjumpa dengan doktor mata. Namun, selepas mata pesakit mempunyai katarak dan perlu melakukan pembedahan, ketika itulah doktor menyedari akan hal ini. Doktor tersebut tidak pasti bagaimana 27 kanta lekap itu boleh berada di dalam mata pesakit dan memberitahu ia berkemungkinan disebabkan oleh kedudukan bebola mata pesakit yang agak dalam.
Pembedahan mata pesakit ditunda serta merta selepas penemuan itu dan Doktor Rupal memberitahu bahawa terdapat jumlah bakteria yang sangat tinggi di dalam mata pesakit akibat kanta lekap yang dipakainya. Doktor Rupal berharap mereka yang memakai kanta lekap agar lebih berhati-hati mengenai kesihatan mereka.
"Kebelakangan ini terlalu mudah untuk mendapatkan kanta secara online dan orang ramai menjadi malas untuk melakukan pemeriksaan. Kanta lekap ini digunakan setiap masa dan jika ia tidak dipantau dengan betul, akan berlaku jangkitan pada mata yang boleh menyebabkan buta," jelas Doktor Rupal.
Menurut Henry Leonard, seorang pegawai klinikal dan pengawal selia Association of Optometrics, ramai pesakit mempunyai kanta lekap tersangkt pada kelopak bahagian atas, lebih-lebih lagi bagi mereka yang baru cuba memakai kanta lekap, tetapi untuk berlaku seperti kes 27 kanta lekap terkumpul di dalam mata adalah sesuatu yang jarang. Ramai pesakit akan berasa tidak selesa dan kemerahan pada mata, yang akan menyebabkan jangkitan pada mata.
Sumber :