Anda mempunyai masalah rabun? Kalau sekali dah kena pakai cermin mata, mesti dah mula rasa terbatas nak buat apa-apa aktiviti kan. Bangun tidur je teraba-raba cari cermin mata. Nak bersukan dan berenang pun dah jadi susah. Apa kata anda cuba memakai kanta lekap.

Ini sebab kenapa ramai orang memilih untuk pakai kanta lekap:

pakai kanta lekap memudahkan penglihatan

Mata jadi terang

Kanta lekap boleh membantu perbetulkan masalah penglihatan termasuk rabun jauh (myopia), rabun dekat (hyperopia), astigmatism dan presbyopia (rabun yang sering terjadi pada warga emas)

BESARKAN TEKS     A-  A+

Menurut Persatuan Optometrik Amerika, kanta lekap bergerak bersama-mata bola mata anda dan membolehkan anda melihat dengan lebih natural tanpa gangguan

Beberapa kajian mendapati kanta lekap yang dipasang khas mengikut saiz mata boleh menyebabkan rabun jauh yang dialami kanak-kanak dan remaja menjadi tidak bertambah teruk. Anda boleh baca kajian itu di sini dan di sini.

anda nak tukar rupa jadi mat saleh nak jadi orang korea kpop pun boleh dengan kanta lekap

Keselesaan

Pelbagai jenis material kanta lekap dan tempoh kegunaan ada dijual. Ini membolehkan para doktor mata membuat penilaian berdasarkan keadaan mata seseorang, gaya hidup dan bajet.

Kanta lekap boleh dipakai untuk rupa yang lebih natural dan semula jadi tanpa cermin mata. Anda juga boleh memilih untuk memakai kanta lekap berwarna untuk sedikit kelainan.

Tinjauan yang dibuat mendapati semua golongan tidak kira kanak-kanak, remaja atau orang dewasa yang memakai kanta lekap berasa lebih yakin dengan penampilan diri.

Selain itu, anda juga boleh melibatkan diri dalam sukan dan aktiviti fizikal dengan lebih aktif berbanding mereka yang memakai kaca mata.

jumpa doktor mata sebelum beli kanta lekap

Hidup seperti orang lain

Kanta lekap yang dipasang dengan betul akan melekap pada mata dan memperbaiki penglihatan sisi (periferal) ketika bermain sukan atau melakukan aktiviti lasak.

Kanta lekap tidak berkuap atau berkabus seperti cermin mata.

Orang yang memakai kanta lekap boleh memakai cermin mata gelap untuk perlindungan UV. Malah, ada juga kanta lekap yang dibuat khas dengan perlindungan UV.

kalau beli kanta lekap yang bukan dari doktor nanti anda boleh dapat jangkitan mata

Tapi pastikan anda beli kanta lekap daripada optometris bertauliah! Mata anda perlu diperiksa terlebih dahulu. 

Jangan pandai-pandai beli yang kat pasar malam atau beli secara online hanya sebab nak yang murah. Buta nanti baru tau!




Hakcipta iluminasi.com (2017)