Membasuh tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam kehidupan seharian. Bunyi macam remeh ek... tapi besar kemungkinan selama ni cara anda cuci tangan tu salah.

Satu kajian yang dibuat oleh Michigan State University, Amerika Syarikat mendapati terlampau besar jumlah majoriti orang tidak mencuci tangan dengan masa secukupnya untuk membunuh bakteria yang ada pada tangan. Kalau yang memang jenis tak basuh tangan tu tak perlu kita hurai la, dah terang lagi bersuluh bahawa diorang ni paling menjijikkan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Apabila anda mempunyai tangan yang kotor, anda berisiko untuk jatuh sakit dan juga menyebarkan kuman kepada orang lain. Banyak tau penyakit yang boleh berpunca daripada tangan berkuman ni.

Bila anda perlu basuh tangan?

  • Sebelum, semasa dan selepas menyediakan makanan
  • Sebelum makan
  • Sebelum dan selepas menjaga orang yang sakit
  • Sebelum dan selepas merawat luka
  • Selepas menggunakan tandas
  • Selepas menukar lampin atau membersihkan anak yang baru membuang air
  • Selepas menghembus hingus, batuk atau bersin
  • Selepas menyentuh mana-mana haiwan, makanan haiwan atau najis haiwan
  • Selepas memegang atau membuang sampah

ini gambar betul kuman dan bakteria yang ada pada tapak tangan budak lelaki umur 8 tahun

Ok.. sekarang sampai bahagian yang panjang sikit..

Macamana cara betul basuh tangan? Dan kenapa?

#1 Basahkan tangan di bawah air mengalir. Tutup air dan ambil sedikit sabun.

Suhu air tidak memainkan peranan dalam membasmi kuman. Anda boleh menggunakan sama ada air sejuk atau air panas. 

Gunakan air yang mengalir kerana air yang ditadah berkemungkinan telah mengandungi bakteria ataupun dicemari dengan bahan lain.

elakkan guna air yang ditadah untuk membasuh tangan 72

Sabun mesti digunakan kerana kajian saintifik telah membuktikan bahawa penggunaan sabun lebih berkesan dalam menghapuskan bakteria dan kuman di tangan.

Tapi tahukah anda, sabun antibakteria sebenarnya tidak memberikan perbezaan pun berbanding sabun biasa? Kalau anda guna sabun buku kecil yang anda bawa pulang dari hotel tu pun sama saja keberkesanannya. USFDA juga telah mengeluarkan kenyataan berkenaan penggunaan sabun antibakteria dan meminta pengguna supaya tidak taksub dengan apa yang sering diiklankan oleh syarikat-syarikat sabun komersial.

#2 Sapu kedua-dua tangan dengan sabun sehingga berbuih. Pastikan anda menggosok bahagian belakang tangan, di celah-celah jari dan bawah kuku.

cara betul cuci tangan ialah dengan menyental tangan guna sabun sampai berbuih

Menggosok dan menyental tangan akan menyebabkan geseran yang akan menyingkirkan kotoran, minyak dan mikrob. Mikrob boleh berada di keseluruhan permukaan tangan, terutama sekali di bawah kuku. Jadi, jangan lupa sental tangan anda untuk tangan yang lebih bersih!

#3 Sental sekurang-kurangnya 20 saat.

Kalau rasa susah nak mengira masa, anda boleh nyanyi atau humming lagu 'Happy Birthday' sebanyak dua kali.

sental tangan selama 20 saat

Sebenarnya, berapa lama masa yang diperlukan untuk menggosok tangan bergantung kepada berapa tercemarnya tangan anda.

Sebagai contoh, seorang doktor yang baru selesai melakukan pembedahan perlu mencuci tangan lebih lama berbanding suri rumah yang cuci ayam di dapur. Kalau tak, doktor tu berkemungkinan boleh memindahkan kuman dan bakteria kepada pesakit lain.

Namun secara umumnya, anda perlu menggosok tangan antara 15-30 saat untuk kebersihan yang optimum. WHO juga menyarankan anda mencuci tangan selama 20 saat.

#4 Basuh tangan bersih-bersih di bawah air mengalir.

binatang pun pandai cuci tangan

Setelah segala bakteria dan kuman di'angkat' dari permukaan kulit, cuci tangan menggunakan air yang mengalir. Seperti yang dimaklumkan awal tadi, mencelup atau menggunakan air yang ditadah mungkin akan menambahkan bilangan mikrob pada tangan anda. Sia-sia je basuh tangan.

Tapi kalau dah tak ada sangat air lain, bolehlah digunakan.

#5 Keringkan tangan menggunakan tuala bersih atau biar tangan anda kering dengan sendiri

ikutlah nak keringkan tangan macamana pun asalkan pastikan tangan kering

Kuman lebih mudah disebarkan apabila tangan berada dalam keadaan lembap. Sekiranya anda menggunakan tuala dapur, pastikan tuala itu kerap ditukar dan dalam keadaan bersih. Ini kerana kalau tuala tu jarang ditukar, kemungkinan besar bakteria pembawa penyakit seperti E.coli dan coliform berada pada tuala anda!

Tengok video ni kalau nak tahu cara betul basuh tangan. Terutama sekali kalau menggunakan tandas awam.

Sekarang barulah kita tahu kenapa banyak kes keracunan makanan, sakit perut dan cirit-birit di Malaysia. Entah-entah bukan sebab makanan tu mentah atau basi, tapi sebab kita sendiri basuh tangan pun tak betul.




Hakcipta iluminasi.com (2017)