Oleh pada 09 Jul 2017 kategori

Anda pasti berasa kagum melihat keindahan yang terdapat di pulau ini. Ia merupakan sebuah pulau yang unik kerana pantainya di penuhi dengan kaca yang mempunyai bentuk yang licin.

Pantai kaca ini nampak seperti taburan permata yang menghiasi pantai, padahal ia merupakan kaca-kaca laut dalam yang mempunyai warna,saiz dan bentuk yang berbeza. Ia pasti membuat anda teruja ketika berada di pantai tersebut.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Glass Beach ini terletakdi Fort Bragg, Carlifonia merupakan salah satu daya tarikan pelancong. Ini kerana ia mempunyai keindahan luar biasa yang sebelum ini merupaka tempat pembuangan sisa sahaja. Terdapat banyak fakta yang menarik mengenai pantai ini.

Tempat buangan

pantai yang menjadi tempat buangan

Searang ramai yang sudah sedar tentang masalah ekosistem, tetapi masih terdapat segelintir di kalangan masyarakat yang masih tidak sedar tentang keburukkan membuang sisa pepejal ke dalam laut. Namun pada abad ke-20, membuang sisa buangan ke dalam lautan merupakan amalan biasa.

Penduduk Fort Bragg, California menggunakan pantai tempatan sebagai tempat pembuangan sisa sampingan. Barangan isi rumah seperti kaca, perkakasan perabot dan kereta buruk pun dapat dilihat di tebing pantai tersebut. Pantai-pantai yang menerima sampah ini selalunya dirujuk sebagai "The Dumps".

Pembersihan secara besar-besaran

pembersihan pantai glass beach

Syukurlah, amalan pebuangan sisa-sisa bahan ke dalam lautan ini akhirnya berakhir. Pada tahun 1967, tempat pembuangan terkawal telah diwujudkan bagi menangani masalah pembuangan sisa secara haram di kawsan berdekatan. Oleh itu tugas mereka telah berupaya untuk menangani banyak serpihan-serpihan yang terkumpul.

Lebih banyak kerja-kerja yang telah dilaksanakan untuk memulihkan pantai buangan tersebut. Pada tahun 1998, pemilik hartanah yang bersekutu dengan California Coastal Conservancy dan Lembaga Pengurusan Sisa Bersepadu California telah bertanggungjawab mengambil alih untuk melakukan pembersihan kawasan pantai tersebut. Ia kemudiannya dijual kepada Jabatan Taman dan Rekreasi California.

Pantai Kaca wujud

pantai glass beach

Pada tahun 2002, sebanyak 38 ekar keluasa tanah yang terdiri daripada Glass Beach ini telah dimasukkan ke dalam Taman Negeri MacKerricher. Anda pasti tidak akan menemui sebarang sisa kereta buruk atau peralatan-peralatam lama di Glass Beach pada hari ini. Sebaliknya anda akan menemui keindahan laut yang tidak berkesudahan dengan kaca pelbagai warna.

Glass Beach sebenarnya merujuk kepada beberapa pantai yang berlainan di kawasan itu tersebut. Terdapat pantai yang mudah diakses dengan berjalan kaki sahaja melalui persisiran pantai, manakala yang lain memerlukan untuk anda mendaki beberapa tebing.

Lihat dan jangan ambil

jangan ambil kaca yang terdapat di glass beach

Dilarang untuk mengambil kaca laut yang terdapat di sempadan MacKerricher State Park. Morsel kaca adalah untuk tatapan semua pelacong untuk melihat keindahan pantai tersebut dan bukan untuk dibawa pulang sebagai cenderahati atau perhiasan rumah anda.

Bayangkan jika setiap hari terdapat ribuang pelancong yang mengambil kaca tersebut. Kemungkinan ia tidak akan mejadi Pantai Kaca lagi.

Muzium Kaca Laut

muzium pantai kaca

Pantai Kaca mejadi tarikan beratus-ratus ribu pelancong setiap tahun kerana mereka ingin melihat sendiri keajaiban fenomena buatan manusia. Mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kaca laut boleh menuju ke Muzium Kaca Laut di selatan Fort Bragg.

Kemasukan ke muzium tersebut adalah percuma dan di dalam muzium itu anda akan dapati pelbagai kaca yang terdapat di Glass Beach dan ditambah lagi penjelasan saintifik mengenai kaca pantai, cerita-cerita kaca laut bersejarah dan banyak lagi informasi terdapat di sana.

Festival Kaca

festival pantai kaca

Seolah-olah sebuah muzium tidak mencukupi untuk tarikan pelancong maka penduduk Fort Bragg telah membuat festival untuk menghargai kaca laut. Pesta Kaca Laut Fort Bragg berlangsung pada Hari Memorial yang mempamerkan kerja dari artis-artis kaca laut dan barang kemas.

Jika anda memilih untuk melawat Glass Beach pastikan anda tiba lebih awal untuk merasai pengalaman tersebut kerana orang kurang ramai ketika di awal waktu terutamanya pada bulan-bulan musim panas. Terdapat beberapa kawasan pantai yang berlainan dengan kaca laut.




Hakcipta iluminasi.com (2017)