Oleh pada 24 Aug 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Ammar Effendy & Instagram Rozita Che Wan

Pelakon, Rozita Che Wan, 45, enggan melatah apabila diminta mengulas isu ‘gambar bogel’ didakwa milik anak sulungnya, Ammar Effendy, 22, di laman sosial Twitter.

Menurut Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, dirinya termasuk keluarga sudah lali dengan permainan kontroversi dunia hiburan selama 13 tahun pembabitannya dalam bidang itu.

gambar bogel anak tersebar akhirnya che ta buka mulut 2

Kredit foto: Instagram Ammar Effendy

“Tidak perlu hendak melatah sebab di era teknologi yang serba canggih ini pelbagai benda orang boleh lakukan dan kita tidak buat perkara itu,” kata Che Ta kepada Kosmo dalam temubual melalui aplikasi Whatsapp.

Sejak pagi tadi, tersebar dua keping gambar dikatakan milik pemuda itu yang memperlihatkan dirinya tidak berpakaian sambil menutupi bahagian alat sulitnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Che Ta dilihat seolah memberikan bayangan emosinya di ketika ini, menerusi perkongsian di laman Instagram, beberapa jam lalu.

"Saat orang berkata buruk tentang kita padahal kita tidak pernah mengusik kehidupan mereka. Itu tandanya kehidupan kita lebih baik," tulisnya.




Hakcipta iluminasi.com (2017)