Kredit foto: tv14.my
Berang menjadi mangsa godaan kaum sejenis, pelakon Rozita Che Wan atau mesra disapa Che Ta tampil meluahkan rasa geram di laman Instagram.
Luahan tersebut turut disertakan dengan gambar wanita berkenaan yang juga merupakan seorang penyanyi baru, Della Dellon.
Dalam kenyataan Che Ta menerusi kapsyennya jelas sekali menunjukkan beliau sudah hilang sabar dengan kerenah penyanyi itu yang tidak 'makan saman'.
Menurut Che Ta, dia telah berkali-kali menepis godaan wanita berkenaan dengan pelbagai cara termasuklah memberi nasihat mahupun melontarkan kemarahan, namun satupun tidak diendahkan.
Jalan terakhir yang terpaksa diambil adalah dengan menyebarkan foto Della dan mendedahkan perlakuan jijiknya.
Kredit foto: Instagram Rozita Che Wan
Allah dah bagi kau jadi perempuan kau nak jadi 'jantan'!!! Dah jadi 'jantan', kau kacau isteri orang!!!! Kau nak jadi apa sebenarnya????? Jadi syaitan ke???? Kau bersayang-sayang dengan isteri orang, muntahlah dik!!!! Bulan-bulan puasa ni muhasabahlah diri!!!! Nak jadi apapun tak kisahlah, jangan kacau hidup orang lain!!! Ini sebenarnya jalan terakhir yang saya terpaksa ambil atas kedegilan kau!!! Pujuk tak makan saman, marahpun kau tak hairan, ini saja 'makan' kau bila aku terpaksa muat naik gambar muka ala-ala 'jantan' kau dik! DELLA DELLON.
Netizen menerusi ruangan komen melahirkan rasa marah akan tindakan biadab penyanyi baru itu.
Perkongsian Che Ta sehingga kini telah menerima lebih 12 ribu likes dan 1,400 komen.