Oleh pada 30 Jul 2017 kategori

Kredit foto: sinar.fm & Instagram Bella Astillah

Nampaknya dalam tempoh beberapa jam kebelakangan ini, laman sosial dipenuhi dengan pelbagai komen netizen mengenai isu yang melanda rumah tangga penyanyi Aliff Aziz.

Dalam pelbagai kenyataan yang dibuat, kelihatannya aktres Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta turut sama turun padang memberikan pendapatnya.

Meskipun tidak menyatakan secara jelas, namun kapsyen dalam kiriman terbaru Instagram Che Ta seakan melambangkan pandangannya tentang krisis yang berlaku dalam perkahwinan Aliff.

Kapsyen pedas lagi "padu" itu disertakan dengan foto yang memaparkan Che Ta bersama suami sebagai muka hadapan sebuah akhbar tempatan.

che ta sindir kes rumah tangga aliff aziz 2

Kredit foto: Instagram Rozita Che Wan

Tiba-tiba keluar pula topik ni di muka hadapan akhbar. Muda atau tua tak penting, yang penting jangan rampas suami orang, betul tak? Kita memanglah jaga suami kita tapi syaitan juga berleluasa. Harap-harap janganlah siapa -siapa pula rampas suami saya oiiiii. 

Siapa yang makan cili, pasti terasa pedasnya. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)