Kredit foto: Beautifulnara
Nama anak kedua aktres Rozita Che Wan, Aniq Ezra yang agak 'suam-suam kuku' sebelum ini, tiba-tiba menjadi bualan sensasi di media sosial.
Aniq yang semakin hangat diperkatakan, mula mendapat perhatian sejak beberapa fotonya bersama kekasih yang dikongsi di laman Instagram menjadi tular.
Bagaimanapun, menerusi pemerhatian di akaun laman sosial itu, jejaka berusia 20 tahun ini sebenarnya sudah lama memuat naik foto mereka, iaitu sejak awal tahun lalu.
Apa yang kurang enak apabila setiap fotonya bersama wanita berkenaan dicemari dengan komen berbaur kecaman daripada netizen.
Ramai yang mendakwa kononnya kemewahan Aniq menjadi punca wanita cantik itu ingin mendekatinya.
Kredit foto: Astro Gempak
Berikut kami kongsikan beberapa keping foto pasangan ini disertakan dengan kapsyen 'sweet' luahan hati Aniq.
Kredit foto: Astro Gempak
Sumber berita: Astro Gempak