Kredit foto: Instagram Rozita Che Wan
Jurugambar peribadi Rozita Che Wan, Annas Easkey dalam kenyataan terbarunya di laman Instagram memberikan petanda aktres itu sedang mengandung.
Dalam kiriman pertama, Annas mengucapkan tahniah diikuti sebuah lagi kiriman susulan yang turut menggambarkan berita gembira itu.
"Tak sabar tunggu adik baru Aaisyah Dhia Rana," tulisnya pada awal.
Seterusnya dalam kemaskini terbaru dengan kapsyen berbunyi, "Kak Yam (Rozita Che Wan) doa yang baik-baik sahaja tetapi yang paling penting Jus Goyang Rapat memang mendapat."
Kredit foto: Instagram Annas Easkey
Menguatkan lagi dakwaan apabila aktres berusia 44 tahun itu muncul di ruangan komen dengan memberi emoji senyum.
Sehingga kini tiada pengesahan rasmi dibuat berkenaan khabar angin itu.
Bagaimanapun para peminat sudah mula membanjiri ruangan komen Instagram Che Ta dan Annas Easkey dengan ucapan tahniah.
Pasangan Che Ta dan suami, Zain Saidin bernikah pada Disember 2013 dan sepanjang perkahwinan dikurniakan seorang cahaya mata, Aaisyah Dhia Rana yang kini berumur tiga tahun.