Oleh pada 22 Mar 2018 kategori

Kredit foto: Instagram.com/fashasandha 

Baru-baru ini, pelakon Fasha Sandha (34 tahun) memuatnaik sebuah foto di Instagram sambil mengenakan pakaian tradisi masyarakat India iaitu lenga.

 

Gambar yang diambil sewaktu berada di majlis berinai pelakon Elvina Mohamad itu menerima kritikan daripada para netizen. 

 

Rata-rata berpendapat fesyen Fasha agak melampaui batas berikutan bahagian dada pakaian itu nampak terdedah, tambahan pula dia sudah bergelar ibu kepada dua orang anak.

Bahkan, ramai yang menyuruh aktres drama rantaian 'Syurga Yang Kedua' itu membuang foto terbabit.

Namun, Fasha berpendapat perkara itu tidak perlu dilakukannya dan mengakui tidak melihat ruangan komen, malah tidak berniat untuk menutupnya.

Dia lebih selesa tidak mengambil pusing terhadap apa yang diperkatakan kerana beranggapan ia tidak memberi impak ke atas dirinya.

Menerangkan perkara sebetulnya, Fasha memberitahu, foto itu barangkali nampak seksi kerana kedudukan kamera semasa jurufoto mengambil gambar itu.

foto seksi nampak dada fasha sandha enggan ambil pusing 4

Dalam pada itu, menerusi perkembangan lain, Fasha meluahkan rasa terharu dengan sokongan peminatnya yang membuat majlis tayangan episod akhir 'Syurga Yang Kedua'.

Tambah Fasha, peminatnya yang sudah 10 tahun setia disisinya merupakan kekuatannya kerana mereka sudi menghabiskan waktu, duit dan tenaga untuk melakukan acara sebegitu.

Bahkan, gabungan di antara kelab peminat Fasha dan Siti Elizad untuk menganjurkan majlis itu memperlihatkan para penyokong mampu bersepakat bagi menjayakan sesuatu program.

Selain menonton episod akhir 'Syurga Yang Kedua', peminat turut berpeluang melakukan beberapa aktiviti bersama kedua-dua pelakon kesayangan mereka itu.

Sumber berita:

1. Myartis.com

2. mStar Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)