Pengacara Awal Ashaari menerima kejutan majlis istimewa sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-36 di sebuah hotel dua hari lalu.
Menurut Awal, dia tidak menjangkakan acara yang dirancang oleh isterinya dan rakan-rakan itu kerana tarikh lahir sebenar beliau adalah pada 6 Ogos ini tetapi majlis telah diadakan lebih awal.
Awal meluahkan rasa terharunya menerusi kiriman Instagram.
Ke hadapan sahabat semua, saya terperanjat sangat hari ini. Terima kasih sebab sudi sambut hari lahir saya yang ke-36. Secara teknikalnya masih 35 lah. Tidak sehingga 6 Ogos ini. Kepada pasangan hidup saya, Scha Alyahya, awak telah menguruskan parti ini dengan baik sekali. Sayang awak.
Awal dan Scha tidak ketinggalan berkongsi momen-momen menarik sepanjang majlis berlangsung menerusi akaun Instagram masing-masing. Jom layan foto-foto tersebut.
Kredit foto: Instagram Awal Ashaari & @amirnaufalphotography