Kredit foto: Instagram Khairy Jamaluddin
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkongsi swafoto bersama hos popular, Awal Ashaari dengan kapsyen yang menarik perhatian di laman Instagram.
Menurut Khairy, dia telah melalui proses perbincangan dengan Awal tentang nama kumpulan muzik yang bakal ditubuhkan mereka.
"Jadi, Scha Alyahya, saya dan suami anda berbincang apa nama kumpulan baharu kami dan kami buat keputusan untuk nama #Khawal," tulisnya dalam kiriman yang dimuatnaik semalam.
Kredit foto: Instagram Khairy Jamaluddin
Menerusi reaksi balas netizen, rata-ratanya merasa geli hati dengan kenyataan lucu yang diutarakan beliau. Malah ada sebilangan mereka yang menawarkan diri untuk menjadi anggota dan pengurus kumpulan itu.
Dalam pada itu, Awal menerusi ruangan komen berkata, mereka belum menentukan siapa yang bakal menjadi penyanyi utama kumpulan tersebut.
Namun, katanya lagi, dia akan menyerahkan tanggungjawab kepada Khairy dalam usaha menarik peminat wanita.
"Kami belum membuat keputusan siapa yang bakal menjadi penyanyi utama. Saya sudah tentu memberi tanggungjawab kepada anda untuk menarik peminat wanita #Khawal," katanya.
Sehingga kini, entri yang dimuatnaik sejak petang semalam itu telah meraih hampir 50,000 tanda suka dan 680 komen daripada netizen.
Bagaimanapun dua nama popular ini hanya sekadar berjenaka dengan para pengikut mereka.
Sumber berita: Mstar