Oleh pada 24 May 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Melodi 

Gara-gara baju berjenama Adidas Supreme yang digayakannya ketika mengacarakan program hiburan Melodi baru-baru ini, pengacara Awal Ashaari teruk dihentam netizen.

Ini berikutan baju yang dikenakan Awal didakwa ramai sebagai baju tiruan - kerana daripada pandangan netizen, saiz logo yang tertera di muka baju tidak sama dengan versi asli.

Geram dengan kritikan hebat yang diterimanya, Awal tampil dengan kiriman Instagram terbaru yang memaparkan foto beliau mengenakan baju pagoda.

awal ashaari dikecam kerana pakai baju cetak rompak 2

Kredit foto: Instagram Awal Ashaari

Pakai pagoda tiada siapa nak marah.

Selain itu, Awal turut memuat naik resit pembelian baju tersebut sebagai bukti.

awal ashaari dikecam kerana pakai baju cetak rompak 3

Kredit foto: Instagram Awal Ashaari

Salam. Saya telah menerima banyak komen tentang Baju Supreme yang saya pakai di @meloditv3 semalam. Ia merupakan pemberian seseorang yang telah membelinya secara online, dan saya telah dikritik hebat kerana memakai baju cetak rompak di kaca TV. Ini adalah bukti pembelian yang telah diberikan kepada saya dan saya menuntut @reebonzmy untuk menjelaskan hal ini secepat mungkin. Adakah ini asli, tiruan atau apa?

Meskipun telah memberi bukti, kiriman pos Awal masih menerima kecaman daripada orang ramai yang mendakwa pengacara itu telah ditipu.

Akhirnya Awal mengambil keputusan untuk menyerahkan isu tersebut kepada pihak yang bertanggungjawab untuk siasatan lanjut.




Hakcipta iluminasi.com (2017)