Kredit foto: Instagram Zila Bakarin 

Pelbagai jenis fesyen digayakan golongan selebriti bersempena dengan bulan Syawal ini.

Masing-masing seperti berlumba-lumba menayangkan pelbagai rekaan fesyen menarik, dan ada juga yang berani tampil dengan keunikan tersendiri.

Namun antara yang paling luar biasa dan mendapat perhatian ramai adalah pakaian raya pelakon Zila Bakarin.

Aktres tersebut tampil dengan fesyen berbaju melayu yang digayakan olehnya sekeluarga.

Foto fesyen tersebut dikongsikan Zila menerusi laman Instagramnya. Turut berada dalam foto adalah suami dan kedua-dua anak perempuan Zila yang masih cilik namun tetap kelihatan ayu dalam baju melayu teluk belanga dan bersampin.

Keunikan tersebut tidak dipandang negatif oleh rata-rata netizen, sebaliknya ramai yang kagum dengan keberanian Zila dan menganggap idea itu adalah sesuatu yang "rare".

foto fesyen berani mati pelakon zila bakarin sekeluarga berbaju melayu 2

Kredit foto: Instagram Zila Bakarin




Hakcipta iluminasi.com (2017)