Oleh pada 19 Jul 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Zila Seeron 

Beberapa keping foto terkini daripada penyanyi Zila Seeron baru-baru ini telah mencuri perhatian ramai.

Menerusi foto-foto yang dimuat naiknya di laman Instagram itu memaparkan penyanyi tersebut bergaya dengan imej rambut baru.

Bukan sahaja berbentuk ala boycut, malah warna asal rambut telahpun ditukar kepada warna biru kehijauan.

Dengar khabar, Zila kini sedang bekerja di salon tempat dia membuat fesyen rambut tersebut.

Menerusi reaksi balas netizen, ramai yang mengagumi kekuatan hati Zila untuk meneruskan kehidupan dengan mencuba bidang pekerjaan baru.

Tak kurang ada juga yang mengeji dan menyamakan imejnya yang dikatakan tak ubah seperti "jantan" itu. 

Pada pendangan kami, kemungkinan rezeki Zila tidak lagi berpihak dalam industri hiburan, maka penyanyi ini mencuba nasib dalam pekerjaan lain pula. Imej juga haruslah diselarikan dengan identiti kerjaya, betul tak?

Apapun jom layan foto-foto imej terbaru Zila yang telah mencetuskan kontroversi.

foto foto fesyen rambut berani mati zila seeron terima kecaman 2

foto foto fesyen rambut berani mati zila seeron terima kecaman 3

foto foto fesyen rambut berani mati zila seeron terima kecaman 4

Kredit foto: Instagram Zila Seeron




Hakcipta iluminasi.com (2017)