Kredit foto: Instagram Jaja Iliyes
Drama 7 Hari Mencintaiku bakal kembali menemui penonton untuk versi sekuel dan dijangkakan tayangannya bermula sekitar April 2020.
Barisan pelakon asal masih dikekalkan seperti Shukri Yahaya, Siti Saleha, Faye Kusairi, Wan Sharmila, Syazwan Zulkifly, termasuk Jaja Iliyes.
Sama-sama kita nantikan kemunculannya. Sementara itu, kami kongsikan biodata aktres Jaja Iliyes yang antara menerima impak cukup besar daripada fenomena karya terbabit.
Biodata Jaja Iliyes
1. Nama penuhnya, Siti Hajar binti Iliyes. Menggunakan 'Jaja Iliyes' sebagai nama komersial.
2. Kelahiran Segamat, Johor pada 3 Ogos 1995.
3. Kediamannya terletak di Kuala Lumpur.
4. Berketinggian 1.58 meter.
5. Anak bongsu daripada tiga orang adik-beradik.
6. Memiliki Diploma dalam jurusan Teater dan Animasi daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM).
7. Merupakan pelakon dan model yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2016.
8. Bakatnya dicungkil daripada Drama Festival Kuala Lumpur 2016 di mana beliau telah diangkat sebagai salah seorang finalis.
9. Cukup dikenali menerusi lakonannya dalam drama 7 Hari Mencintaiku dan Meh Sandar Pada Aku.
10. Lain-lain drama dibintanginya seperti Ops Cinta Din Sardin, Lelaki Itu Pemilik Hatiku, Budak Boys, Papa Nak Menantu, Cinta Hati Batu dan Ajari Playboy Itu.
11. Termasuk telefilem Seutas Gelang Emas, Cikgu Dina Pakai Prada, Kung Fu Kaw, Kerongsang, Resort Berhantu, Penunggu Simpang dan banyak lagi.
12. Pernah membuat kemunculan dalam iklan SSPN - i plus (PTPTN).
Foto
Kredit foto: Instagram Jaja Iliyes
Sumber:
3. Tanpa Dirancang, Jaja Iliyes Jadi Pelakon