Oleh pada 13 Nov 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Fattah Amin & Instagram Fazura

Aktor terhangat, Fattah Amin, 27, terus mengunci mulut daripada bercerita tentang isu umrah dan pertunangannya dengan Fazura.

Fattah memberitahu dia dan keluarganya akan ke Makkah pada 15 November ini.

“Saya memang akan menunaikan umrah bersama keluarga tetapi dakwaan saya pergi bersama Fazura itu kena tanya dia sendiri.

“Saya menyerahkan urusan umrah kepada pengurus untuk menguruskannya,” katanya yang dipetik daripada laporan Harian Metro.

Fattah membuat kenyataan tersebut di majlis sesi bertemu peminat di AJ De’Parfum yang berlangsung di Taman Subang Impian, petang semalam.  

fattah amin minta tanya fazura 2

Kredit foto: Instagram Fattah Amin

Sebelum ini, segelintir pihak berspekulasi aktor itu dan Fazura akan bertunang pada 13 November ini.

Enggan mengiyakan mahupun menidakkan dakwaan itu, Fattah berkata, dia berharap peminat dapat mendoakan yang terbaik buat mereka.

“Saya minta semua pihak terus mendoakan yang baik-baik sahaja.

“Jika perkara itu terjadi (jodoh), saya tidak akan sorok daripada media dan peminat,” katanya.

Terdahulu, Fattah dan Fazura mula digosip berhubungan mesra sejak digandingkan dalam drama rantaian Hero Seorang Cinderella.

Sumber berita: Harian Metro




Hakcipta iluminasi.com (2017)