Kredit foto: The Star

Pasangan Fattah Amin dan Nur Fazura mendedahkan bakal mengadakan majlis nikah dalam masa terdekat.

Malah mereka kini dalam proses permohonan pernikahan.

"Kami akan melalui proses yang sama seperti orang lain untuk bernikah.

"Dokumen berkaitan permohonan telah dikemukakan bagi proses selanjutnya.

"Kami juga sedang dalam rangka untuk menghadiri kursus perkahwinan.

"Bila semuanya sudah selesai, kami akan berkahwin dalam masa terdekat ini," kata Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, 27.

Pasangan ini membuat sidang media tergempar di Hotel Royale Chulan, petang semalam.

Selain itu, kata tunangnya, Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 34, majlis pernikahan akan dilangsungkan secara tertutup dan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat.

"Demi menjaga privasi keluarga kami, ia akan diadakan sesi pernikahan secara tertutup.

"Sementara resepsi pula kami akan adakan pada tahun hadapan.

"Bagaimanapun, kedua-dua belah pihak keluarga belum memutuskan tarikh yang tepat dan persediaan ke arah resepsi.

"Namun, yang pasti akan ada dua resepsi yang akan kami adakah nanti.

"Satu resepsi akan diadakan khas buat keluarga dan media, sementara sebuah lagi resepsi untuk dirai bersama peminat," katanya.

Selebihnya, pasangan ini mengumumkan mereka telah mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis di rumah keluarga Fazura pada 13 November lalu.

Manakala keesokan hari selepas itu, berlangsung majlis kesyukuran dan doa selamat sempena keberangkatan mereka menunaikan ibadah Umrah.

Sumber berita: Astro Gempak 




Hakcipta iluminasi.com (2017)