Oleh pada 17 Nov 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Sherry Ibrahim & artisbuzz.com

Aktres Sherry Ibrahim tumpang gembira sekiranya benar gosip yang bertiup kencang mengatakan Fattah Amin dan Fazura sudah bernikah.

Kata bekas kekasih Fattah ini, beliau mendoakan kebahagiaan aktor itu dalam apa jua yang dirancangkannya.

“Kalau betul Fattah dan Fazura sudah berkahwin atau bertunang, baguslah. Fattah kini menuju ke arah lebih baik.

“Terserlah keceriaan pada wajah kedua-duanya apabila sama-sama mengerjakan Umrah dengan keluarga masing-masing.

“Saya doakan semoga apa yang dirancang berjalan lancar dan mereka bahagia," katanya memetik portal Harian Metro.

Dedah Sherry atau nama penuhnya Syarizad Ibrahim, 34, tiada pihak yang mengajukan soalan berhubung status hubungan Fattah dan Fazura dengannya.

"Memang tiada siapa yang menghubungi atau menghantar mesej bertanyakan mengenai kesahihan cerita yang tersebar kecuali ada yang beritahu mereka sudah bertunang.

"Sebagai wanita yang pernah rapat dengan Fattah, saya lega apabila tiada pihak membandingkan saya dengan mana-mana wanita yang dikaitkan dengannya selepas saya," katanya.

Menurut Sherry, dia juga tidak mempunyai isu dengan mana-mana teman wanita Fattah yang lain.

“Saya tiada masalah dengan mana-mana teman wanitanya. Jika ada yang bertanya, saya anggap ia hanya sekadar pendapat dan saya mendoakan yang terbaik buatnya," katanya.

Teka-teki pernikahan Fattah dan Fazura masih menjadi tanda tanya apabila kedua-duanya bertindak mengunci mulut tentang majlis tertutup yang berlangsung di kediaman nenek Fazura di Petaling Jaya, pada Selasa.

Pun begitu pasangan ini berjanji akan memberi penjelasan dalam sebuah sidang akhbar yang bakal diadakan selepas selesainya umrah mereka, iaitu pada 23 November ini.

Sumber berita: Harian Metro




Hakcipta iluminasi.com (2017)