Kredit foto: timesofindia.indiatimes.com & glamlelaki.my

Penyanyi dan komposer, Faizal Tahir akui teruja selepas lagu nyanyiannya, Negaraku menjadi sebutan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerusi kiriman Twitter, dua hari lalu.

Negaraku merupakan dendangan Faizal bersama penyanyi rap Joe Flizzow, SonaOne dan Altimet.

Selepas menyedari tweet yang dimuat naik Najib, Faizal menyatakan reaksi gembira hingga merasakan dirinya umpama kanak-kanak.

faizal tahir dapat perhatian najib razak 2

Kredit foto: Twitter Najib Razak

“Alhamdulillah, tweet dari Perdana Menteri sangat menceriakan hari saya.

“Saya berasa sangat teruja membuatkan saya berasa seperti kanak-kanak,” katanya.

Faizal membuat kenyatan itu di majlis minum petang bersempena Faith For Rohingya di Taman Tun Dr Ismail, petang semalam.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 39 tahun ini menganggap perhatian yang diberikan telah membuatkan jiwanya lebih berkobar-kobar untuk berkarya.

Malah, dia juga merancang untuk mencipta lagu-lagu berkonsep patriotik di masa mendatang.

“Ia juga semangat untuk menghasilkan lagu untuk menunjukkan kecintaan pada negara selepas ini,” katanya.

Sumber berita: Harian Metro




Hakcipta iluminasi.com (2017)