Kredit foto: therakyatpost.com & qobuz.com
Penyanyi Faizal Tahir mengakui dia sering berasa kepenatan ketika membawakan lagu-lagu bernada tinggi.
Namun atas dasar semangat dan cinta terhadap karier seninya yang sudah menganjak usia 11 tahun, Faizal sanggup melupakan kesukaran itu.
Kredit foto: Instagram Faizal Tahir
Allah sudah berikan saya bakat nyanyian dan itu merupakan satu amanah untuk digunakan oleh saya bagi menyampaikan sesuatu yang baik dalam lagu. Apatah lagi dengan sokongan daripada peminat, tidak ada alasan untuk saya berhenti. Cuma saya akui, pada usia sekarang memang agak berada dalam fasa yang penat untuk menyanyi terutamanya melibatkan lagu-lagu bernada tinggi. Orang nak kata saya tua pun katalah, saya terima.
Sumber: Utusan Online
Menyentuh perkembangan kerjaya nyanyiannya, dia kini dalam proses penghasilan album terbaru yang masih dirahsiakan. Dalam percubaan muzik kali ini, penyanyi itu bakal mengekalkan konsep pop rock, namun melodinya dibuat dalam nada yang lebih santai.
Kredit foto: Instagram Faizal Tahir
Menjawab persoalan lain, penyanyi lagu Sampai Syurga itu tidak dapat menentukan sama ada album tersebut akan menjadi yang terakhir daripadanya.
Sokongan daripada peminat dan memikirkan tanggungjawab yang diberikan untuk menyampaikan sesuatu yang baik merupakan kekuatan untuk terus aktif dan tampil dengan karya-karya baru.
Sumber: Utusan Online
Sekiranya tidak menyanyi lagi, Faizal menegaskan dia tetap akan memberi sumbangan kepada industri hiburan melalui kerja-kerja di belakang tabir.