BESARKAN TEKS A- A+
3. Tujuan perarakan adalah untuk menuntut 3 perkara utama wanita sebagai pekerja dan warganegara; waktu bekerja lebih singkat, gaji yang lebih baik dan hak untuk mengundi.4. Perarakan itu berlangsung pada tarikh yang sama setiap tahun sehinggalah pada tahun 1913. 5. Di Eropah, wanita melakukan perarakan yang sama pada tarikh yang berbeza, kesatuan wanita sepakat menjadikan 8 Mac setiap tahun sebagai HWS sehinggalah sekarang.5. Kenapakah bulan Mac dipilih? Bulan Mac dipilih berdasarkan kumpulan wanita yang menjadi titik permulaan Revolusi Rusia yang bermula pada 1917. 8 Mac adalah hari pertama bermulanya Revolusi Rusia.6. Tujuan mereka berhimpun pada mulanya adalah kerana golongan wanita pekerja kilang tekstil di Rusia berarak keluar dari kilang kerana ketiadaan bekalan roti yang menyebabkan banyak keluarga kelaparan.7. Tahukah anda setiap tahun sambutan HWS dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan tahun ini, tema yang diangkat adalah 'Berani Untuk Berubah.'