Kredit foto: BH Online
Penangan acara hiburan tahunan Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32) hujung minggu lalu nampaknya belum berkesudahan kerana para peminat masih sibuk memperkatakan tentang kehebatan para penyanyi yang bertanding.
Antara yang mencuri tumpuan pastinya persembahan pemenang Vokal Terbaik, pasangan duet Ernie Zakri dan Syamel menerusi lagu Aku Cinta.
Kejayaan persembahan itu nyata berterusan apabila video mereka menduduki tangga pertama carta trending di Youtube sejak beberapa hari lalu.
Rakaman momen itu sehingga kini meraih lebih 3 juta tontonan dengan 49,000 tanda suka.
Rata-rata netizen menerusi ruangan komen menzahirkan komen positif untuk kedua-dua mereka yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke pentas berprestij itu.
Peminat yang teruja mahukan Syamel dan Ernie terus tampil dengan lagu baharu sekaligus merancakkan lagi perjalanan karier seni mereka sebagai rakan duet.
Sumber berita: Sinar Harian